Terkini
‘Dark Side’, masyarakat perlu jaga tepi kain orang, tangani masalah sosial
Tugas dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, namun perlu melibatkan semua pihak, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

- Sekurang-kurangnya empat komponen perlu bertanggungjawab dan bekerjasama tangani gejala sosial melibatkan golongan muda.
- “Yang pertama individu itu sendiri, kedua; keluarga, ketiga; masyarakat dan keempat pula kerajaan.” – Pakar sosial, Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
- “Kalau kita hanya meletakkan beban penyelesaian kepada kerajaan maka apa-apa masalah tidak akan capai penyelesaian. Jadi kita kena lihat kepada elemen yang pertama (individu), kedua (keluarga) dan ketiga (masyarakat).”
- Manusia terlibat masalah sosial kerana kurang didedahkan dengan nilai dan norma yang baik semasa zaman kecil dahulu.
- “Nilai-nilai norma perlu dipupuk sejak kecil malangnya hari ini disebabkan sibuk ada ibu bapa terlepas pandang hingga anak-anak kurang dapat perhatian dan didikan.”.
- Masyarakat tidak boleh lagi guna pendekatan tidak mahu jaga tepi kain orang, apabila melihat keburukan masyarakat kena ambil tindakan dan perlu ambil peduli untuk tujuan kebaikan.
SHAH ALAM – Tugas dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, namun perlu melibatkan semua pihak, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
Beliau berkata, masyarakat perlu faham bahawa setiap masalah yang berlaku pada hari ini tidak boleh meletakkan kesalahan itu pada satu elemen atau satu badan sahaja.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, sekurang-kurangnya empat komponen perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dalam menangani gejala sosial melibatkan golongan muda.
“Yang pertama adalah individu itu sendiri, kedua; keluarga, yang ketiga; masyarakat dan keempat pula kerajaan.”
“Dalam konteks kita pada hari ini, ada sebut bahawa pihak kerajaan telahpun melaksanakan pelbagai tindakan yang sewajarnya dengan melaksanakan undang-undang, ‘task force’ dan sebagainya.
“Tetapi percayalah kalau kita hanya meletakkan beban penyelesaian kepada kerajaan maka apa-apa masalah pun tidak akan capai penyelesaian. Jadi kita kena lihat kepada elemen yang pertama (individu), kedua (keluarga) dan ketiga (masyarakat),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Disebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Program yang membincangkan topik bertajuk ‘Jual Maruah Kini Trending Di Alam ‘Darkside’?’’ itu turut menampilkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Naufal Nazri sebagai speaker ‘Darkside’.
Dalam pada itu, beliau berkata, manusia dikatakan terlibat dalam masalah sosial kerana mereka kurang didedahkan dengan nilai dan norma yang baik semasa zaman kecil dahulu.
“Cuba lihat contoh seperti masyarakat Jepun, bagaimana mereka ini boleh jaga kebersihan kerana di peringkat awal sudah didik dengan menjaga kebersihan dan apabila sudah dewasa menyebabkan mereka telah biasa dengan amalan seperti itu.
“Dalam konteks ini, nilai-nilai norma perlu dipupuk sejak kecil namun malangnya pada hari ini disebabkan kesibukan menyebabkan ada ibu bapa terlepas pandang sehingga menyebabkan anak-anak itu kurang mendapat perhatian dan didikan,” katanya.
Jelas beliau, masyarakat pada masa sama tidak boleh lagi menggunakan kaedah atau pendekatan tidak mahu menjaga tepi kain orang.
“Apabila melihat perkara tidak elok maka masyarakat kena ambil tindakan dan perlu ambil peduli untuk tujuan kebaikan.
“Selain itu, pihak kerajaan telah melaksanakan dasar dan perkara sebaik mungkin. Menerusi sokongan masyarakat dan ibu bapa, saya yakin masalah ini dapat diselesaikan tetapi perlu sama-sama berganding bahu menyelesaikan isu gejala sosial khususnya masalah ‘dark side’ ini,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Terkini
PUTRA tolak cadangan dasar dua kewarganegaraan
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.

- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
- Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
- Beliau turut mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India.
KUALA LUMPUR — Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menolak dengan tegas cadangan melaksanakan dasar dua kewarganegaraan, dengan merujuk kepada Perkara 24 (1) kerajaan Persekutuan berhak melucutkan kewarganegaraan Malaysia terhadap individu yang memperoleh kewarganegaraan lain sekiranya dikesan memiliki dua kerakyatan.
Ahli Dewan Tertinggi (ADT) merangkap Pengerusi Biro Undang-undang, Anti Rasuah dan Integriti PUTRA, Zarina Zainal Abidin menegaskan sesiapa sahaja iaitu rakyat yang dikesan memiliki dua kerakyatan perlu melucutkan salah satu daripadanya.
Ini susulan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pertemuan dengan rakyat Malaysia di New York, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berkata, soal pemilikan dua kerakyatan akan dibincang lebih lanjut dengan menilai implikasi pelaksanaannya kerana ia akan membabitkan keputusan dasar utama.
“Sesungguhnya, jawapan tersebut amatlah bersifat lebih untuk meraih populariti dan terlalu berpolitik. Apakah wajar bagi seseorang individu mempunyai dua kerakyatan? Di manakah kecenderungan bagi individu terbabit untuk menumpahkan kesetiaanya?
“Sepatutnya jawapan isu sensitif seumpama ini tidak perlu dilayan dengan jawapan tegas iaitu mana mungkin dan mustahil seseorang boleh memiliki dua kerakyatan malah untuk memohon menjadi rakyat Malaysia mesti memenuhi syarat-syarat yang ketat mengikut undang-undang yang sedia ada selama ini.
“Malah ada gesaan disyaratkan dengan lebih tegas iaitu penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zarina menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya kaum Bumiputera untuk menentang cadangan itu serta berpendirian sebarang kajian tidak perlu dilakukan sama sekali kerana ia keputusan muktamad.
Pada masa sama, beliau mendesak Perdana Menteri Malaysia dan Kabinet menolak cadangan memansuhkan VISA untuk pelancong Cina dan India kerana perkara itu lebih mengundang mudarat daripada keuntungan.
Katanya, perkara perlu diberikan keutamaan bukanlah terkait kerakyatan sebaliknya isu 1.2 juta warga negara China yang direkodkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), masuk ke Malaysia dalam tempoh 2018 hingga 2021 namun masih tiada rekod keluar dari negara ini.
Ia merupakan suatu jumlah yang amat menggusarkan dan perlu diambil tindakan telus dan tegas kerana ianya pelanggaran undang-undang dan soal keselamatan negara.
“Ini yang patut diberi keutamaan bukan soal kerakyatan dan dikejutkan pula dengan pengumuman Menteri Pelancongan mengenai cadangan pengecualian Visa kepada pelancong terutama dari Cina dan mungkin dari India atas nama kepentingan merancakkan ekonomi tetapi boleh membawa padah kepada keselamatan negara dan masalah sosial yang kini pun sudah parah dan tidak terkawal.
“Cuba bayangkan jika pelancong Cina masuk tanpa tapisan melalui Visa dengan bebas. Pasti ramai akan hilang dan menetap di Malaysia.
“Isu rasuah yang menjadi barah akan menjadi lebih buruk di kalangan penguatkuasa. Perkara ini amat mengerikan kepada masa depan negara Malaysia,” kata Zarina.
Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan satu laporan berkenaan pengecualian visa untuk pelancong China.
King Sing berkata, kerajaan dijangka akan mendraf dasar mengenai hari lawatan yang dibenarkan untuk berada di Malaysia melalui perkhidmatan pengecualian visa. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Parti Bumiputera Perkasa Malaysia – PUTRA
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China