Connect with us

Terkini

Wang akaun amanah bernilai RM2.1 juta hilang, diperoleh semula dalam tempoh 3 jam – PPIM

Terbaharu wakil The Merdeka Times (TMT), Mohd Zaki bin Ab Latif telah menemubual Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan melalui telefon di pejabatnya. Ia berkaitan isu kehilangan wang yang semakin tular pada masa kini.

Wartawan TMT

Published

on

Wang akaun amanah bernilai RM2.1 juta hilang, diperoleh semula dalam tempoh 3 jam - PPIM
Foto: Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi.

Saat ini pelbagai kisah terkait isu kehilangan wang dalam akaun bank menjadi tular di media massa.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Terbaharu wakil The Merdeka Times (TMT), Mohd Zaki bin Ab Latif telah menemubual Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan melalui telefon di pejabatnya. Ia berkaitan isu kehilangan wang yang semakin tular pada masa kini.

Datuk Nadzim Johan atau mesranya dipanggil Toqqi menceritakan kisah yang diberitahu kepadanya oleh mangsa yang juga kenalan rapatnya. Kehilangan wang di Malaysia yang kini menjadi tular bukan isu baharu berlaku pada masa kini. Ianya telah berlaku berbulan-bulan bahkan mungkin bertahun telah terjadi. Cuma baru kini isu ini diberi perhatian semua pihak.

TMT : Boleh Toqqi ceritakan kisah berkaitan kehilangan wang dalam jumlah sangat besar yang toqqi ketahui setakat ini?

TOQQI : Kisah yang nak diceritakan ini terjadi kepada mangsa yang juga merupakan kenalan rapat saya. Jadi ceritanya sahih dan benar la seperti yang diceritakan kepada saya. Kisahnya, mangsa ni simpan duit dalam satu akaun amanah. Bukan bank. Tapi akaun amanah sama juga sistem komputernya macam sistem bank. Yang bagusnya mangsa ni bijak. Dia selalu kemaskini penyata wang dalam akaun amanah itu. Jadi pada bulan Januari, mangsa cuba menyemak baki wang dalam akaun itu. Kemudian dia dapati wangnya telah hilang sebanyak RM2.1 juta. Terkejut dengan kejadian itu, mangsa terus menghubungi pejabat akaun amanah tersebut. Semakan melalui telefon dengan pegawai berkaitan mengesahkan bahawa tiada wang sebanyak RM2.1 juta dalam akaun mangsa.

TMT : Duitnya disahkan tiada. Kemudian ?

TOQQI : Mangsa ni pun tak puas hatilah. Dah semak dengan telefon dia orang kata tiada duit tu. Jadi mangsa pun pergi ke pejabat akaun amanah dan berjumpa pegawai berkaitan secara berdepan. Jawapannya tetap sama. Duit RM2.1 juta memang tiada dalam akaun amanah mangsa.

Mangsa beritahu kepada pegawai tersebut bahawa dia ada simpan penyata akaun yang menunjukkan bukti baki terakhir dalam akaun amanahnya pada bulan Januari 2022 adalah sebanyak RM2.1 juta. Mangsa beri masa 12 jam kepada pihak tersebut untuk kembalikan duitnya. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.

Dengar kata ada bukti, pegawai itu pun mohon diberikan masa untuk selesaikan kes. Kurang 3 jam kemudian, duit RM2.1 juta yang hilang tu dah ada balik dalam akaun amanah mangsa.

Persoalannya sekarang, macam mana duit yang hilang sebanyak RM2.1 juta itu boleh dikembalikan dalam masa singkat? Kalau dah kata hilang, dalam sistem komputer tunjuk tiada duit tersebut, jadi kenapa ada balik duit tu dalam sistem komputer?

TMT : Mangsa ada buat aduan kepada PPIM ?

TOQQI : Tak sempat. Dah selesai kurang 12 jam. Tapi persoalannya sekarang, macam mana duit tu boleh hilang ?

TMT : Sewaktu pihak akaun amanah tersebut memulangkan semula wang sebanyak RM2.1 itu kepada mangsa, apakah alasan yang diberikan oleh pihak mereka ?

TOQQI : Mereka kata ‘Technical Glitch’. Masalah pada sistem teknikal mereka. Tapi kita masih menunggu jawapan rasmi daripada mereka bagi menjelaskan hal sebenar berkaitan kes ini. Bagaimana ia boleh berlaku? Sebab apa? Itu kita nak tahu.

TMT : Adakah apa-apa bukti yang boleh ditunjukkan berkaitan kes ini?

TOQQI : Buat masa ini, saya bagi peluang kepada pihak tersebut untuk mereka menjawab semua persoalan. Jadi sebab tu saya tak dedahkan apa-apa bukti. Tapi tunggulah nanti macam mana kot kita nak dedahkan.

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending