Terkini
Selepas Singapura umum iktiraf LGBT, Johor tubuh dasar bendung perlakuan songsang itu
Kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan dasar khas wanita Johor bagi menangani isu lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) dalam kalangan masyarakat.

- Kerajaan negeri Johor bakal memperkenalkan dasar khas wanita Johor bagi menangani isu LGBTQ.
- Dasar tersebut sedang dirangka bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail.
- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut terbabit merangka modul itu yang akan merangkumi aspek pendidikan keluarga, undang-undang serta penguatkuasaan membabitkan wanita, keluarga dan masyarakat.
- “Singapura mempunyai cara mereka dan Johor sebagai negeri Islam juga mempunyai kaedah tersendiri bagi menangani isu LGBTQ,” – Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri.
JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor akan memperkenalkan dasar khas wanita Johor bagi menangani isu lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) dalam kalangan masyarakat.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dasar tersebut sedang dirangka bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail.
“Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) turut terbabit merangka modul itu yang akan merangkumi aspek pendidikan keluarga, undang-undang serta penguatkuasaan membabitkan wanita, keluarga dan masyarakat.
“Budaya LGBTQ ini bukan sahaja jadi kebimbangan kerajaan negeri malah ia mudah jadi ikutan atas pelbagai faktor termasuk pendedahan dari usia muda dan rakan sebaya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Kaunseling Islam ‘Pelangi Islam’ di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar di sini pada Selasa.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Nooh Gadut dan Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Johor, Puan Sri Dr Noor Azizah Abdul Latif.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kesan tindakan Singapura yang akan memansuhkan jenayah seks antara lelaki, Mohd Fared berkata, setiap negara mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani isu LGBTQ.
“Singapura mempunyai cara mereka dan Johor sebagai negeri Islam juga mempunyai kaedah tersendiri bagi menangani isu LGBTQ.
“Singapura mengamalkan hak asasi lebih luas berbanding kita namun kita mempunyai acuan sendiri dalam menjaga rakyat termasuk dari terpengaruh unsur LGBTQ,” katanya.
Sebelum itu, media melaporkan Singapura akan memansuhkan undang-undang yang melarang hubungan seks sejenis, sekali gus mengiktiraf kedudukan golongan homoseksual di negara itu.
Keputusan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pada Ahad.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel