Connect with us

Terkini

‘Pengkid’ pakai ihram tunai umrah secara DIY- Persatuan Pengendali Umrah

Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) mengesahkan ‘pengkid’ memakai ihram semasa menunaikan umrah di Tanah Suci dan tular baru-baru ini bukan diuruskan melalui 35 khidmat agensi umrah yang bernaung di bawahnya.

Wartawan TMT

Published

on

‘Pengkid’ pakai ihram tunai umrah secara DIY- Persatuan Pengendali Umrah
Foto: Tangkapan skrin dari video yang tular.
  • Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) sahkan ‘pengkid’ memakai ihram semasa menunaikan umrah di Tanah Suci dan tular baru-baru ini bukan diuruskan melalui 35 khidmat agensi umrah yang bernaung di bawahnya.
  • Wanita itu pergi secara DIY (diurus sendiri) bersama rakannya.
  • “Kita di pihak PUHAZ menyokong apa sahaja tindakan undang-undang yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan JAKIM berhubung isu (pengkid pakai ihram) ini,” – Presiden PUHAZ, Mohd Ali Sabri Abd Rahman.
  • Daripada sudut hukum fekah umrah dikerjakan oleh individu wanita berpakaian menyerupai lelaki itu adalah tidak sah dan haram orang perempuan memakai pakaian lelaki hingga dilihat satu tindakan menghina agama.
  • “Tidak salah umrah secara DIY tetapi kena memahami hukum hakam, kita pihak PUHAZ memang menjaga jemaah dari segi bimbingan hukum dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah dalam tempoh sepanjang mengerjakan umrah.”

Ipoh: Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) mengesahkan ‘pengkid’ memakai ihram semasa menunaikan umrah di Tanah Suci dan tular baru-baru ini bukan diuruskan melalui 35 khidmat agensi umrah yang bernaung di bawahnya.

Presidennya, Mohd Ali Sabri Abd Rahman berkata, maklumat awal mendapati wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki itu pergi secara DIY (diurus sendiri) bersama rakannya.

“Kita di pihak PUHAZ menyokong apa sahaja tindakan undang-undang yang ditetapkan Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan JAKIM berhubung isu (pengkid pakai ihram) ini.

“Kita memang menyokong sepenuhnya apa yang dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengekang perkara yang tidak baik,” katanya pada satu sidang media khas berhubung isu penerbangan jemaah umrah tertangguh di sini pada Isnin.

Mohd Ali Sabri berkata, daripada sudut hukum fekah umrah yang dikerjakan oleh individu wanita berpakaian menyerupai lelaki itu adalah tidak sah.

“Tidak sah umrah jika berpakaian demikian kerana dia (pengkid) perempuan tetapi berpakaian menyerupai lelaki.

“Hukum daripada sudut pemakaian, orang perempuan memakai pakaian lelaki adalah haram apatah lagi di tanah suci. Jadi, dalam perkara ini jika dilihat dari segi hukum hakamnya dia sudah menghina agama,” katanya dipetik Harian Metro.

Advertisement

Beliau berkata, justeru pihaknya menasihati kepada mana-mana jemaah untuk pergi mengerjakan umrah dengan travel agensi agar ada pemantauan dari sudut hukum.

“Tidak salah umrah secara DIY tetapi kena memahami hukum hakam, kita pihak PUHAZ memang menjaga jemaah dari segi bimbingan hukum dan bagaimana mereka menyelesaikan masalah dalam tempoh sepanjang mengerjakan umrah,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending