Connect with us

Antarabangsa

Peneroka Yahudi tikam warga Palestin sampai mati, pendakwa raya Israel tutup kes

Pendakwa raya Israel semalam mengumumkan tidak akan mendakwa seorang peneroka Yahudi di Tebing Barat yang dipercayai menikam sehingga mati seorang lelaki Palestin pada musim panas lalu dengan hujah ‘dakwaan mempertahankan diri tidak boleh ditolak’. 

Wartawan TMT

Published

on

Peneroka Yahudi tikam warga Palestin sampai mati, pendakwa raya Israel tutup kes
Foto: Sumber Jaafar Ashtiyeh / AFP
  • Pendakwa raya Israel mengumumkan tidak akan mendakwa seorang peneroka Yahudi di Tebing Barat yang dipercayai menikam seorang lelaki Palestin hingga mati pada musim panas lalu.
  • Insiden berlaku akhir Jun lalu berhampiran penempatan Ariel membabitkan mangsa, Ali Hassan Harb, 27, yang ditikam di dada sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya.
  • Suspek mendakwa beliau menikam mangsa hingga mati untuk membela diri selepas dibaling batu.
  • “Selepas meneliti bukti dalam kes itu, termasuk kenyataan mereka yang terlibat dalam insiden itu… keputusan dibuat untuk menutup kes itu memandangkan dakwaan membela diri tidak boleh ditolak,” kata Pendakwa raya Israel.

BAITULMAQDIS – Pendakwa raya Israel semalam mengumumkan tidak akan mendakwa seorang peneroka Yahudi di Tebing Barat yang dipercayai menikam sehingga mati seorang lelaki Palestin pada musim panas lalu dengan hujah ‘dakwaan mempertahankan diri tidak boleh ditolak’. 

Insiden berlaku akhir Jun lalu berhampiran penempatan Ariel di mana Ali Hassan Harb, 27, ditikam di dada sebelum meninggal dunia akibat kecederaan itu. 

Menurut sumber keselamatan Israel, beberapa warga Israel yang merupakan sebahagian kumpulan peneroka belia tiba di pintu masuk Ariel untuk mendirikan pos, berhampiran tanah milik keluarga Ali. 

Ali kemudian ke kawasan itu selepas menyedari kehadiran kumpulan terbabit sebelum ditikam salah seorang peneroka haram Israel. 

Suspek ditangkap sehari kemudiannya sebelum mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap butiran siasatan.

Pada awalnya peneroka Israel itu dilaporkan akan didakwa kerana membunuh, namun sumber polis memberitahu Haaretz pada Jun lalu bahawa suspek tidak akan didakwa atas kesalahan itu sebaliknya berpotensi didakwa dibawah kesalahan “membunuh secara melulu”.

Sumber berkata pihak penyiasat sedang meneliti keterangan suspek, yang mendakwa tikaman itu adalah untuk mempertahankan diri, susulan kenyataan saksi dan bukti sedia ada yang menyatakan warga Palestin itu menyerang kumpulan pemuda terbabit dengan batu. 

Seorang pengawal keselamatan dari Ariel berada di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku dan warga Palestin mendakwa ada ramai lagi anggota keselamatan Israel ketika kejadian itu.

Beberapa hari selepas kejadian itu, tiga saudara mangsa ditangkap dan disoal siasat pihak keselamatan Israel, Shin Bet berhubung dakwaan mereka bahawa polis dan tentera Israel ada di tempat kejadian.

“Kami mengalu-alukan keputusan menutup kes terhadap suspek,” kata Adi Keidar, peguam bagi organisasi bantuan guaman berhaluan kanan Israel, Honenu yang mewakili suspek. 

Peguam suspek itu mengatakan yang kumpulan belia Yahudi itu “adalah kanak-kanak yang dosanya hanya mengadakan acara pendidikan di tempat berhampiran Ariel”.

Yesh Din, pertubuhan hak asasi manusia yang mewakili keluarga mangsa, mengkritik keputusan menutup kes itu dan mengatakan siasatan “dilakukan dalam masa dua bulan, dengan taktik menakutkan dan ugutan terhadap kedua-dua keluarga dan saksi. Versi kejadian suspek bercanggah dengan kenyataan diberikan saksi”.

Naim Harb, bapa saudara Ali, bertindak balas terhadap keputusan itu dan menggelar Kerajaan Israel sebagai “kerajaan peneroka yang menggunakan undang-undang untuk melindungi mereka”.

Pendakwa raya Israel mengeluarkan kenyataan, “selepas meneliti bukti dalam kes itu, termasuk kenyataan mereka yang terlibat dalam insiden itu… keputusan dibuat untuk menutup kes itu memandangkan dakwaan membela diri tidak boleh ditolak”.

Sumber: Haaretz

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending