Antarabangsa
Paderi di Vatican antara pesalah kes amang seksual
Sejak 1950 terdapat ribuan kes pedofilia melibatkan Gereja Katolik Perancis. Pendedahan Ketua Suruhanjaya Bebas, Jean-Marc Sauve itu juga menjadi pemula kepada pembongkaran seterusnya iaitu penglibatan antara 2,900 hingga 3,200 paderi serta petugas gereja lain.
- Kardinal Marc Ouellet seorang paderi berpangkat tinggi di Vatican, didakwa terlibat dalam kes amang seksual di mana turut membabitkan lebih kurang 88 orang paderi dan pekerja di kawasan Quebec.
- Kes tersebut merupakan sebuah tuntutan mahkamah yang dikemukakan lebih kurang 100 individu, termasuk kanak-kanak yang mendakwa telah diamang secara seksual oleh para paderi dan petugas gereja yang bertugas di kawasan Quebec, menurut dokumen mahkamah dan siaran berita yang dikeluarkan oleh firma Arsenault Dufresne Wee.
- Marc Ouellet didakwa telah menyentuh seorang pelatih wanita, termasuk di bahagian belakang dan bahu wanita tersebut. Marc Ouellet juga dikatakan telah menyebut kata-kata yang tidak menyenangkan kepada pelatih tersebut.
- Marc Ouellet kini merupakan salah seorang paderi di Vatican yang bertanggungjawab menasihati Pope Francis dalam urusan pelantikan paderi-paderi kepada “Bishop”.
KUALA LUMPUR – Sejak 1950 terdapat ribuan kes pedofilia melibatkan Gereja Katolik Perancis.
Pendedahan Ketua Suruhanjaya Bebas, Jean-Marc Sauve itu juga menjadi pemula kepada pembongkaran seterusnya iaitu penglibatan antara 2,900 hingga 3,200 paderi serta petugas gereja lain.
Lebih mengejutkan menurut beliau, bilangan itu hanyalah ‘anggaran minimum’ kes penderaan seks terhadap kanak-kanak.
Dan Rabu lalu dunia sekali lagi digemparkan kisah salah laku melibatkan paderi apabila seorang paderi berpangkat tinggi di Vatican,Kardinal Marc Ouellet didakwa terlibat dalam kes amang seksual yang membabitkan lebih 88 orang paderi dan pekerja di kawasan Quebec.
Kes tersebut merupakan sebuah tuntutan mahkamah yang dikemukakan lebih kurang 100 individu, termasuk kanak-kanak yang mendakwa telah diamang secara seksual oleh para paderi dan petugas gereja yang bertugas di kawasan Quebec, menurut dokumen mahkamah dan siaran berita yang dikeluarkan oleh firma Arsenault Dufresne Wee.
Marc Ouellet didakwa telah menyentuh seorang pelatih wanita, termasuk di bahagian belakang dan bahu wanita tersebut. Marc Ouellet juga dikatakan telah mengeluarkan kata-kata yang tidak menyenangkan kepada pelatih tersebut.
Dalam pada itu, wanita tersebut dikatakan telah membuat laporan tentang peristiwa berkenaan secara terus kepada pihak Vatican pada tahun 2021, namun setakat ini masih belum ada sebarang kata putus berkenaan isu tersebut.
Marc Ouellet kini merupakan salah seorang paderi di Vatican yang bertanggungjawab menasihati Pope Francis dalam urusan pelantikan paderi-paderi kepada “Bishop”.
Sumber : Reuters
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times