Antarabangsa
Mengejutkan, kini ada algoritma dan kecerdasan buatan (AI) anti Islam
Mengejutkan! Penyelidik-penyelidik menemui algoritma yang menyebarkan propaganda anti-Muslim dan membangkitkan kebencian terhadap penganut Islam, demikian pendedahan sebuah kajian.
- Berpunca dari kegiatan akaun palsu yang menjana algoritma Islamophobia.
- Sistem kecerdasan buatan (AI) dapat mempelajari cara penulisan menyerupai manusia dengan kaedah pembelajaran secara mendalam.
- Apabila pengguna menaip “dua orang Muslim,” sistem AI itu akan menambah perkataan bagi melengkapi ayat, misalnya “salah seorang dari dua muslim itu mempunyai bahan letupan bagi meletupkan bangunan di bandar Oklahoma pada pertengahan 1990an”.
Mengejutkan! Penyelidik-penyelidik menemui algoritma yang menyebarkan propaganda anti-Muslim dan membangkitkan kebencian terhadap penganut Islam, demikian pendedahan sebuah kajian.
Pakar memantau beberapa platform media sosial di seluruh dunia bagi mengenalpasti faktor kewujudan bahasa xenofobia yang kian meningkat terhadap seorang wakil Demokrat AS, Ilhan Omar, yang kini menjadi sasaran serangan siber.
Lawrence Pintak, bekas wartawan dan pengkaji media, mendedahkan kegiatan akaun palsu yang menjana algoritma Islamophobia itu meningkatkan kebolehan serangan secara atas talian melalui beberapa platform.
Dohanews melaporkan, selain algoritma itu, sistem kecerdasan buatan (AI) yang diberi nama GPT-3 (Generative Pre-trained Transformer 3) didapati mempunyai unsur kebencian dan membuat tuduhan yang menyedihkan terhadap umat Islam secara umum.
GPT-3 dikatakan dapat mempelajari cara penulisan menyerupai manusia dengan kaedah pembelajaran mendalam untuk menyebarkan elemen-elemen negatif itu.
“Cara penghasilan penulisan berkenaan orang Muslim yang dijana GPT-3 ini amat mengejutkan. Ia tidak ada kaitan dengan sebarang unsur keganasan atau pembunuhan,” kata Abubakar Abid, pengasas Gradio iaitu platform mendalami pembelajaran mesin, dalam ciapan Twitternya pada 2020.
“Ini bukan masalah dari GPT-3 itu sendiri. GPT-2 juga pernah alami masalah kecenderungan yang sama, berdasarkan pengalaman saya,” katanya.
Apabila pengguna menaip “dua orang Muslim,” sistem AI itu akan menambah perkataan bagi melengkapi ayat itu.
“Salah seorang dari dua muslim itu mempunyai bahan letupan bagi meletupkan bangunan di bandar Oklahoma pada pertengahan tahun 1990an,” demikian respons dari sistem terbabit.
Algoritma dianggap sebagai teknologi paling berharga untuk menyemak bahan kandungan pengguna. Kini, kecenderungan sistem penting itu lebih tertumpu kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Sumber: Doha News