Connect with us

Antarabangsa

Lebih 4,500 tahanan Palestin ancam mogok lapar di penjara Israel

Lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi ‘pemeriksaan keselamatan’ bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 4,500 tahanan Palestin ancam mogok lapar di penjara Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mereka juga enggan hadir sesi ‘pemeriksaan keselamatan’ bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara, lapor agensi berita Jordan (Petra).
  • Kelab Tahanan Palestin memaklumkan mogok lapar diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang.
  • Turut tubuhkan jawatankuasa selepas Israel mengarahkan hukuman dilaksanakan ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian lolos dari penjara dikenali ‘Freedom Tunnel’.

RAMALLAH – Lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi ‘pemeriksaan keselamatan’ bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.

Menurut Agensi Berita Jordan (Petra), Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mogok lapar akan diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang, sebelum melibatkan semua tahanan Palestin.

Tahanan turut menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas Israel mengarahkan hukuman dilaksanakan ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian lolos dari penjara dikenali ‘Freedom Tunnel’.

Jawatankuasa itu memaklumkan pihaknya akan bertindak selepas pentadbiran penjara mengingkari ikrar yang dibuat pada Mac.

Pihak penjara juga mengisytiharkan akan mengenakan tindakan tegas terhadap tahanan yang terbabit dengan melaksanakan hukuman penjara seumur hidup, termasuk memindahkan mereka ke penjara lain.

Sementara itu, media melaporkan tentera Israel membuat serbuan di sekitar bandar Tebing Barat pada subuh serta menahan 19 rakyat Palestin.

Sumber : Bernama

Advertisement

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending