Antarabangsa
Kempen anti-LGBTQ “Fetrah” tular di Twitter
Fetrah yang merupakan gerakan anti-LGBTQ membuat satu gelombang di media sosial menggesa pengguna mempromosikan kenyataan bahawa hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
- Satu gerakan anti-LGBTQ tularkan kenyataan bahawa hanya terdapat dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
- Fetrah ditubuhkan selepas bulan “Pride” antarabangsa di Timur Tengah.
- Ditubuhkan sejurus kontroversi di Arab Saudi menarik semula semua produk berwarna pelangi.
- Meta bertindak membekukan akaun Fetrah selepas ia berjaya mendapat setengah juta ‘Like’ dan tag ‘verification’ biru oleh Facebook.
Fetrah yang merupakan gerakan anti-LGBTQ membuat satu gelombang di media sosial menggesa pengguna mempromosikan kenyataan bahawa hanya ada dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
Diambil daripada perkataan Arab, Fetrah bermaksud “naluri manusia” dan ia ditubuhkan selepas bulan “Pride” antarabangsa di Timur Tengah.
Pertubuhan gerakan itu berlaku sejurus beberapa kontroversi di Arab Saudi di mana pihak berkuasa mengumumkan penarikan balik ke semua mainan dan pakaian berwarna pelangi untuk kanak-kanak di Riyadh kerana “mempromosikan homoseksual”.
Hasil kerjasama tiga individu berpengalaman dalam bidang pemasaran profesional dari Mesir, gerakan ini berjaya peroleh beribu-ribu pengikut melalui beberapa platform media sosial hanya dalam masa beberapa minggu sahaja.
Pengasas Fetrah menyeru pengguna media sosial untuk menentang gejala homoseksual.
Bagi mereka yang menyokong gerakan itu, mereka akan menyiarkan bendera biru dan merah jambu sebagai tanda sokongan.
Meta yang merupakan syarikat utama yang menerajui Facebook dan Instagram bertindak membekukan akaun Fetrah pada 9 Jun selepas ia berjaya mendapat setengah juta ‘Like’ dan tag ‘verification’ biru oleh Facebook.
Bagaimanapun, beberapa halaman alternatif untuk Fetrah muncul di Facebook dan Instagram memandangkan ramai pengguna media sosial dan pihak berita yang tetap memberi sokongan terhadap gerakan itu.
Laman Twitter Fetrah masih aktif dan kini mempunyai lebih 75,000 pengikut.
Sumber: Euro News