Connect with us

Antarabangsa

Ibu “Singa Nablus” tersenyum ketika usung jenazah anaknya

Serangan ke atas wilayah konflik Gaza baru saja tamat awal minggu ini dengan gencatan senjata bersyarat, tapi rejim zionis meneruskan keganasannya ke atas Palestin dengan melakukan serbuan di Nablus, sebuah bandar di Tebing Barat.

Wartawan TMT

Published

on

Ibu Nabulsi mengusung jenazah anaknya
Foto: Ibu Ibrahim yang turut mengusung jenazah anaknya dalam keadaan tersenyum.
  • Ibu Ibrahim al-Nablusi yang syahid dalam serbuan tentera rejim zionis dilihat tersenyum ketika mengusung jenazah anaknya.
  • “Ibrahim adalah kebanggan saya. Ibrahim telah syahid tetapi pemuda Palestin adalah Ibrahim. Akan datang 100 lagi Ibrahim, malah seribu Ibrahim,” katanya ketika ditemuramah media sejurus menerima khabar syahidnya anak beliau Ibrahim.
  • Ibrahim al-Nablusi yang juga Komander Briged Syahid Al-Aqsa, sayap ketenteraan kumpulan Fatah di Tebing Barat, baru berusia 19 tahun tetapi amat digeruni rejim Israel yang memburunya sejak sekian lama.

Serangan ke atas wilayah konflik Gaza baru saja tamat awal minggu ini dengan gencatan senjata bersyarat, tapi rejim zionis meneruskan keganasannya ke atas Palestin dengan melakukan serbuan di Nablus, sebuah bandar di Tebing Barat.

Antara warga Palestin yang syahid dalam serbuan itu adalah Ibrahim al-Nablusi, pemuda berusia 19 tahun, yang juga Komander Briged Syahid Al-Aqsa, yang selama ini diburu tentera penjajah di Tebing Barat.

Rakyat Malaysia di Gaza, Nadir al-Nuri dalam catatannya di Instagram berkata, Ibrahim amat digeruni rejim zionis sehingga pemuda itu diletakkan dalam senarai hitam pihak berkuasa negara haram itu.

“Dia (Ibrahim) telah lama dicari tetapi hanya ‘muncul’ semula selepas kelihatan di majlis jenazah rakan karibnya yang juga syahid. Operasi membunuh Ibrahim dirancang dan beliau berjaya dijejaki dan dibunuh.

Ibrahim Nabulsi Khalil

“Daripada mana datangnya kekuatan anak muda ini sehingga hidupnya dikorbankan untuk perjuangan? Pastinya dari didikan seorang ibu yang kuat,” kata Nadir yang juga aktivis pro-Palestin dari Malaysia. 

Semalam tular video laporan berita mengenai kelibat ibu Ibrahim yang turut mengusung jenazah anaknya dalam keadaan tersenyum.

Jelas wanita Palestin itu amat bangga dengan pengakhiran anaknya yang syahid ketika bertempur dengan tentera rejim zionis haram dalam mempertahankan maruah tanah airnya.

Malah ibu pejuang Palestin itu apabila ditemuramah selepas mendapat berita syahidnya Ibrahim berkata, “Ibrahim adalah kebanggan saya. Ibrahim telah syahid tetapi pemuda Palestin adalah Ibrahim. Akan datang 100 lagi Ibrahim, malah seribu Ibrahim. 

“Apabila saya bertanya kepada Ibrahim, bila engkau akan berkahwin dia menjawab, tidak, pengantinku di syurga,” kata ibu pejuang Palestin itu yang terkorban sepertimana dikongsikan Nadir dalam Instagramnya.

Kelmarin, Ibrahim bersama dua lagi rakyat Palestin terkorban dalam satu serbuan rejim zionis di bandar Nablus, Tebing Barat, demikian menurut laporan media antarabangsa memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.

Komander Briged Syahid al-Aqsa itu dilaporkan terperangkap di dalam sebuah bangunan di kota lama yang dikepung rejim zionis pada jam 5 pagi waktu Palestin, menyaksikan pertempuran tembak menembak selama beberapa jam.

Lebih 60 orang tercedera dalam pertempuran itu dan empat daripada mereka dalam keadaan kritikal.

Ibrahim yang lebih dikenali sebagai “Singa Nablus” melarikan diri dari buruan zionis selama beberapa bulan dan beberapa kali terselamat dari cubaan rejim haram untuk membunuhnya. – The Merdeka Times

Sumber: @nadiralnuri

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending