Connect with us

Antarabangsa

‘Hukuman mati perlahan-lahan’: Rejim zionis lanjutkan tempoh siksaan Ahmad Manasra

Mahkamah Israel melanjutkan tempoh hukuman kurung bersendirian bagi seorang tahanan Palestin, Ahmad Manasra yang mengalami masalah mental yang serius.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim zionis lanjutkan tempoh siksaan Ahmad Manasra
Foto: Tahanan Palestin, Ahmad Manasra yang mengalami masalah mental yang serius
  • Mahkamah Israel melanjutkan tempoh hukuman kurung bersendirian bagi tahanan Palestin, Ahmad Manasra.
  • Pihak berkuasa memutuskan pelanjutan tempoh kurungan bersendirian selama enam bulan lagi.
  • Lanjutan tempoh itu bermakna Manasra akan dikurung sehingga November. 
  • “Apa yang dilakukan ini adalah perkara yang tidak diperikemanusiaan,” kata bapa saudaranya.

BAITULMAQDIS – Mahkamah Israel melanjutkan tempoh hukuman kurung bersendirian bagi seorang tahanan Palestin, Ahmad Manasra yang mengalami masalah mental yang serius.

Perbicaraan buat lelaki berusia 21 tahun itu berlansung pada Selasa lalu di mahkamah daerah Beer Sheva di mana pihak berkuasa memutuskan pelanjutan tempoh kurungan bersendirian selama enam bulan lagi. Tempoh hukuman asal sepatutnya berakhir pada Mei lalu.

Lanjutan tempoh itu bermakna Manasra akan dikurung sehingga bulan November. Pada masa itu, dia akan menghabiskan masa setahun di dalam sel kecil dan tidak akan berhubung dengan sesiapa termasuk tahanan Palestin lain.

“Ini adalah sejenis hukuman mati secara perlahan,” kata bapa saudara Manasra, yang mempunyai nama yang sama dengannya, Ahmad Manasra, kepada Al Jazeera.

“Apa yang dilakukan ini adalah perkara yang tidak diperikemanusiaan. Hukuman ini akan memburukkan lagi kesihatan mentalnya,” katanya.

Kes Manasra menjadi tajuk utama global semenjak dia ditangkap dan disoal siasat dalam keadaan yang kejam pada ketika usianya 13 tahun pada 2015.  

Sumber: Al Jazeera

Advertisement

 

Author

Antarabangsa

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Wartawan TMT

Published

on

‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Foto: Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah,.
  • Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
  • Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
  • Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
  • “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
  • Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.

Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”

“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.

Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”. 

Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.

Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.

Advertisement

Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan. 
Sumber: Anadolu Ajansı

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending