Terkini
GEG: Diskriminasi Tidak Berperlembagaan Terhadap Golongan Muda?
Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok boleh dianggap melanggar kebebasan peribadi yang dijamin Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, ujar Pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi.

- Tiada seorang pun boleh dilucutkan nyawanya atau kebebasan peribadinya kecuali menurut undang-undang.
- Bantahan utama terhadap inisiatif negara berkaitan perkara ini ialah undang-undang akan sukar dikuatkuasakan.
- Selagi ada undang-undang yang sah, dan eksekutif bertindak di bawahnya, tidak ada pelanggaran Perlembagaan terhadap kebebasan diri.
- “Adakah ini kes diskriminasi tidak berperlembagaan terhadap golongan muda?” – Pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi.
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok boleh dianggap melanggar kebebasan peribadi yang dijamin Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan, ujar Pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi.
Jelasnya, berdasarkan peruntukan itu, tiada seorang boleh dilucutkan nyawanya atau kebebasan peribadinya kecuali menurut undang-undang.
“Apa yang dikemukakan, tiada hak asasi untuk mencederakan diri sendiri, membahayakan orang lain melalui asap rokok, menyebabkan kemudaratan kepada kepentingan awam melalui banyak kesan berbahaya daripada merokok dan menjaja produk merokok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, ketagihan nikotin tidak dapat dibezakan dengan ketagihan kepada ubat-ubatan lain dan jika negara boleh mengharamkan atau mengawal dadah lain, ia juga boleh mengawal nikotin.
Justeru, bantahan utama terhadap inisiatif negara berkaitan perkara ini ialah undang-undang akan sukar dikuatkuasakan.
“Namun, cabaran bagi setiap penguatkuasaan mengiringi semua undang-undang. Perkara 5(1) tidak memberikan hak mutlak untuk kebebasan.
“Kebebasan boleh dilucutkan tetapi hanya mengikut undang-undang. Selagi ada undang-undang yang sah, dan eksekutif bertindak di bawahnya, tidak ada pelanggaran Perlembagaan terhadap kebebasan diri.
“Berdasarkan keputusan kes Alma Nudo Atenza oleh Mahkamah Persekutuan pada 2019, undang-undang yang melucutkan kebebasan seseorang mestilah tidak seimbang. Apa yang tidak seimbang ialah mahkamah yang menentukan. Adalah dikemukakan bahawa RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok adalah tidak munasabah atau tidak seimbang,” katanya.
Beliau pada masa sama, membangkitkan persoalan jika RUU berkenaan turut mewujudkan diskriminasi terhadap golongan muda.
“RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok melarang penggunaan alat merokok oleh mana-mana orang yang dilahirkan dari tahun 2007 dan seterusnya.
“Undang-undang bertujuan melindungi golongan muda (iaitu 16 tahun pada penghujung 2022) daripada menjadi mangsa kesan berbahaya daripada merokok. Orang yang lahir sebelum 2007 tidak terjejas oleh undang-undang.
“Adakah ini kes diskriminasi tidak berperlembagaan terhadap golongan muda?,” soalnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai kesaksamaan tidak mewajibkan semua orang mesti dilayan sama.
“Tun Suffian dalam PP lawan Khong Teng Khen (1976) dan dalam Datuk Haji Harun bin Haji Idris lwn PP (1977) menyatakan bahawa “prinsip yang mendasari Perkara 8 ialah undang-undang mesti dilaksanakan sama ke atas semua orang dalam keadaan yang sama, bukan semata-mata ia mesti dilaksanakan sama pada semua orang dalam apa jua keadaan,” ujarnya.
Justeru, negara katanya memang mempunyai kuasa untuk membezakan dan mengklasifikasikan orang.
Walau bagaimanapun, pengelasan mestilah rasional dan munasabah dan mesti mempunyai hubungan rasional dengan perkara yang ingin dicapai.
Selain itu, katanya, umur adalah faktor yang dibenarkan untuk mengklasifikasikan orang ke dalam kategori yang berbeza.
“Kita mempunyai undang-undang mengenai umur majoriti, kelayakan untuk mengundi, hak untuk bertanding dalam pilihan raya, umur perkahwinan, umur untuk kebenaran melakukan hubungan seks, umur yang tiada liabiliti jenayah dan prosedur mahkamah khas untuk juvana.
“Umur adalah kriteria yang dibenarkan, rasional dan perlu untuk klasifikasi dalam beberapa undang-undang. Klasifikasi tersebut mempunyai hubungan yang munasabah dengan undang-undang,” ujarnya.
Kata beliau, pengkategorian penduduk yang dicadangkan kepada “sebelum 2007” dan “selepas 2007” adalah berdasarkan asas yang rasional dan munasabah dan disokong oleh bukti perubatan kukuh.
“Klasifikasi tersebut mempunyai hubungan yang munasabah dengan undang-undang,” tambahnya.
Justeru, secara keseluruhannya, undang-undang berkenaan telah berusaha untuk menghapuskan penyakit disebabkan rokok dan melakukannya secara beransur-ansur.
Namun cabaran utama ialah penguatkuasaan, bukan Perlembagaan.
Sumber: Astro Awani
Terkini
DBKL tarik balik larangan jual arak
Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

- Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
- Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
- Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
- “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
- “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
- Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
- Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.
“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.
Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.
Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.
“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.
“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal).
“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.
“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.
Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini4 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
Bekas banduan Palestin dakwa dicabul, diserang guna anjing di penjara rejim Israel