Connect with us

Ekonomi

Dianggarkan 1,500 individu bankrap bebas secara automatik pada Oktober depan?

Mungkin ramai yang tidak tahu Akta Kebankrapan 1967 sebenarnya telah dipinda pada 2017 dan kini dikenali sebagai Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2017). 

Ikaz

Published

on

Dianggarkan 1,500 individu bankrap bebas secara automatik pada Oktober depan?
Foto: Pindaan Akta Kebankrapan 1967.

Mungkin ramai yang tidak tahu Akta Kebankrapan 1967 sebenarnya telah dipinda pada 2017 dan kini dikenali sebagai Akta Insolvensi 1967 (Pindaan 2017). 

Tujuh tahun kemudian pada 2020 ia dipinda sekali lagi melibatkan kenaikan nilai minima kebankrapan daripada RM50,000 kepada RM100,000.

Pindaan ini dibuat ekoran kemelesetan ekonomi yang melanda dunia amnya dan Malaysia khususnya, menyebabkan nilai minima kebankrapan perlu dinaikkan. 

Jika tidak diubah nilai itu, semakin ramai rakyat Malaysia akan jatuh dalam kumpulan individu bankrap.

Jabatan Insolvensi Malaysia 01

Merujuk kepada laman sesawang Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl), antara pindaan Akta Kebankrapan 1967 membabitkan  Perlindungan penjamin sosial; Mekanisme penyelamatan (VA); Pelepasan Automatik; Nilai minima dinaikkan; Serahan kediri notis/petisyen; Pelepasan tanpa bantahan pemiutang; Sistem 1 perintah kebankrapan; dan Tabung bantuan Insolvensi.

Berbalik kepada tajuk di atas, pelepasan automatik dari status bankrap sebenarnya diperuntukan di bawah Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967. 

Secara ringkasnya seksyen terbabit menjelaskan individu bankrap boleh memohon dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) dengan syarat-syarat tertentu.

Namun begitu, pada permohonan pertama dalam tempoh tiga tahun tersebut, pihak pemiutang boleh membuat bantahan kepada mahkamah agar bankrap tidak dibebaskan.

Jika bantahan diterima mahkamah, maka individu bankrap perlu terus membayar ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia selama dua tahun seterusnya sehingga tempoh maksima kebankrapan mencapai lima tahun. 

Setelah lima tahun bankrap dan mematuhi segala syarat-syarat ditetapkan, maka individu bankrap boleh dibebaskan secara automatik.

Jabatan Insolvensi Malaysia 02

Berdasarkan maklumat ini, dianggarkan seramai 1,500 individu yang dijatuhi hukuman bankrap pada Oktober 2017 akan ‘bebas secara automatik’ pada 6 Oktober depan berdasarkan kepada Seksyen 33C Akta Insolvensi (Pindaan 2017).

Ini berdasarkan data Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) yang menunjukkan seramai 3,684 orang muflis bagi 2021 (sehingga Jun), dan 8,351 muflis bagi sepanjang tahun 2020 – ketara rendah berbanding tahun sebelum pindaan dilakukan iaitu 12,051 muflis (2019), 16,482 muflis (2018) dan 18,227 muflis (2017).”

Secara puratanya bagi 2017 terdapat 1,519 individu bankrap setiap bulan pada tahun berkenaan. 

Ini bermakna secara puratanya juga terdapat 1,519 individu bankrap yang dijatuhkan hukuman bankrap pada Oktober 2017 dan mereka sepatutnya bebas bankrap secara automatik berdasarkan tempoh maksima bankrap lima tahun.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sebelum ini dilaporkan berkata ramai individu bankrap dijangka bebas dari status itu pada Oktober depan berdasarkan pindaan akta berkenaan.

“Jika mengikut kes kebankrapan yang ditadbir sehingga Disember 2019, ada 299,186 kes sementara bagi tempoh 2015 hingga Disember 2019, sebanyak 84,805. Kita tetap perlukan data lengkap daripada Jabatan Insolvensi berhubung jumlah mereka yang jatuh hukum pada 6 Oktober 2017. 

“Sepatutnya mereka yang jatuh hukum bermula 6 Oktober 2017 sudah maklum mengenai SOP (prosedur operasi standard) untuk bebas bankrap,” kata Nadzim dalam laporan Utusan Malaysia pada Julai lalu.

Nadzim berkata SOP untuk bebas bankrap perlu disediakan pihak terbabit bagi membolehkan individu bankrap terbabit membuat persediaan.

Jabatan Insolvensi Malaysia 03

Persoalannya adakah terdapat pelepasan secara automatik untuk bankrap?

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, pelepasan automatik hanya tertakluk kepada kelayakan ditetapkan peruntukkan akta seperti berikut :-

(a) Notis Kebankrapan (BN) dikeluarkan pada atau selepas 6 Oktober 2017.

(b) telah memfailkan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) di bawah seksyen 16 Akta 360;

(c) telah mengisi borang permohonan dan akujanji untuk mematuhi sasaran sumbangan (TC) dan pemfailan penyata pendapatan bagi tempoh enam (6) bulan;

(d) tempoh 3 tahun pemantauan sasaran sumbangan (TC) bermula dari tarikh PHE difailkan; dan

(e) bankrap mematuhi (TC) yang ditetapkan oleh KPI dengan mengambilkira beberapa perkara yang telah ditetapkan dalam akta.

Ini bermakna mana-mana individu bankrap yang gagal menyelesaikan sasaran sumbangan (TC) dalam tempoh tiga tahun sepertimana ditetapkan, maka dia tidak layak untuk mendapat pelepasan secara automatik dan kes akan ditadbir seperti biasa sehingga suatu keadaan boleh diputuskan kemudian oleh MdI.

Contoh kes :-

A telah dijatuhi hukuman bankrap pada 6 Oktober 2017. Kemudian A telah hadir ke Jabatan Insolvensi Malaysia pada tarikh yang sama dan memfailkan segala dokumen berkaitan seperti Pernyataan Hal Ehwal (PHE), borang permohonan dan akujanji mematuhi sasaran sumbangan (TC) dan Penyata pendapatan serta perbelanjaan 6 bulan.

A mematuhi sasaran sumbangan yang telah ditetapkan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tempoh 3 tahun dari tarikh PHE difailkan. Kemudian A memohon permohonan bebas bankrap automatik menurut Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967 selepas tiga tahun iaitu pada 6 Oktober 2020.

Pemiutang kemudiannya membantah permohonan bankrap itu. Maka menurut Seksyen 33C akta tersebut, mahkamah berhak menolak atau menerima bantahan pemiutang.

Sekiranya mahkamah menolak bantahan pemiutang, maka individu bankrap boleh dibebaskan menurut seksyen terbabit. Tetapi jika sebaliknya, mahkamah menerima bantahan pemiutang, maka individu bankrap perlu terus membayar ansuran bulanan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia selama tempoh dua tahun lagi.

Maka bolehlah dibuat kesimpulan pada tarikh 6 Oktober 2022, lebih kurang sebulan lebih daripada sekarang, individu bankrap terbabit wajib bebas dan harus mendapat pembebasan automatik di bawah peruntukan Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending