Terkini
Biadap! Lelaki tular gunting jalur gemilang jadi buruan polis
Kenyataan berang itu dinyatakan oleh salah seorang netizen yang turut membanjiri ruangan komen akaun TikTok Ieka Kartika apabila tular rakaman video berdurasi 34 saat yang dimuat naiknya pada Rabu menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera Jalur Gemilang.

- “Boleh dakwa akta hasutan. Pengkhianat negara, mencabar kedaulatan (emoji marah),” – netizen
- Netizen membanjiri ruangan komen akaun TikTok Ieka Kartika apabila tular rakaman video berdurasi 34 saat yang dimuat naiknya pada Rabu menunjukkan seorang lelaki berbaju merah dan memakai topi memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera Jalur Gemilang.
- Pemilik akaun TikTok tersebut turut menulis, “Dia rosakkan bendera Malaysia wey , orang tegur dia marah balik.. Tolong bagi viral biar dia dapat balasan.”
- Kejadian difahamkan berlaku berdekatan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
- “Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” – Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
KUALA LUMPUR: “Boleh dakwa akta hasutan. Pengkhianat negara, mencabar kedaulatan (emoji marah).”
Kenyataan berang itu dinyatakan oleh salah seorang netizen yang turut membanjiri ruangan komen akaun TikTok Ieka Kartika apabila tular rakaman video berdurasi 34 saat yang dimuat naiknya pada Rabu menunjukkan lelaki berbaju merah dan memakai topi memegang gunting dan merosakkan beberapa kain bendera Jalur Gemilang.
Pemilik akaun TikTok tersebut turut menulis, “Dia rosakkan bendera Malaysia wey , orang tegur dia marah balik.. Tolong bagi viral biar dia dapat balasan.”
Difahamkan, kejadian berlaku pada tengah hari semalam, berdekatan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di mana individu itu dilihat tanpa sebarang reaksi kesal telah menggunting Jalur Gemilang yang dipasang tepi jalan berhampiran kawasan itu.
Rata-rata di ruangan komen, netizen meluahkan rasa berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan sedemikian tambahan lagi negara ini bakal menyambung Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke – 65 dalam berbaki beberapa hari lagi.
Antara komen lain yang dilontarkan;
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata polis belum menerima laporan berhubung kejadian itu setakat pagi ini.
“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.
