Connect with us

Antarabangsa

Berlindung di masjid diserang Russia, lelaki OKU warga Ukraine peluk Islam

Seorang warga Ukraine yang berkelainan upaya (OKU), Voronko Urko memeluk Islam selepas berlindung di dalam sebuah masjid di Kharkiv ketika Russia menyerang negara itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Berlindung di masjid diserang Rusia, lelaki OKU warga Ukraine peluk Islam
Foto: Voronko Urko memeluk Islam selepas berlindung di dalam sebuah masjid di Kharkiv ketika Russia menyerang negara itu. 
  • Warga Ukraine berkelainan upaya (OKU), Voronko Urko memeluk Islam selepas berlindung di masjid dalam serangan Russia di Kharkiv.
  • Dalam insiden serangan Mac lalu, Urko kehilangan tempat tinggal dan terpisah dengan isteri dan anak-anak perempuannya.
  • Urko mendapat pertolongan seorang imam, Muhammad Ali, mempelawa beliau tinggal sementara di kawasan masjid. 
  • Tidak lama selepas berlindung di masjid itu, Urko memilih memeluk agama Islam dan menjadi saudara seagama dengan Muhammad Ali.

UKRAINE – Seorang warga Ukraine yang berkelainan upaya (OKU), Voronko Urko memeluk Islam selepas berlindung di dalam sebuah masjid di Kharkiv ketika Russia menyerang negara itu. 

Dalam insiden serangan itu, Urko kehilangan tempat tinggal dan terpisah dengan isteri dan anak-anak perempuannya.

Menurut Urko, keluarganya sudah dibawa sukarelawan ke tempat yang lebih selamat semasa serangan 8 Mac lalu.

“Saya bersendirian. Saya pernah pergi ke tempat berlindung di tingkat sembilan (pangsapuri) semasa serangan berlaku. 

“Bekalan air, api dan gas juga terputus pada waktu itu,” kata Urko dalam video TRT World dikongsikan di laman webnya.

Urko mendapat pertolongan imam masjid itu, Muhammad Ali, yang memperlawanya untuk tinggal sementara di rumah ibadat Islam itu. 

Tidak lama selepas berlindung di masjid itu, Urko memilih untuk memeluk agama Islam.

“Semasa situasi sedang tegang, Urko minta pertolongan saya membawanya ke tempat yang selamat,” kata Muhammad Ali.

“Bermula dari situ, dia mula menjadi tetamu kami dan tinggal di masjid ini. Secara tidak sedar, kami kini sudah menjadi saudara,” kata imam masjid terbabit.

Sumber: TRT World

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *