Connect with us

Antarabangsa

Russia tersenarai ‘negara memalukan’ – PBB

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Russia dalam senarai ‘negara memalukan’ susulan pembunuhan dan mencederakan ratusan kanak-kanak dalam perang menentang Ukraine, menurut dokumen yang dilihat AFP semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Russia tersenarai 'negara memalukan' – PBB
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Russia dalam senarai ‘negara memalukan’ susulan pembunuhan dan mencederakan ratusan kanak-kanak dalam perang menentang Ukraine.
  • Badan dunia itu mendapati pasukan tentera Russia dan proksi askar upahan Wagner bertindak sewenang-wenangnya menyerang kawasan penempatan awam penduduk Ukraine, menyebabkan ramai mangsa dalam kalangan kanak-kanak.
  • Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata beliau terkejut dengan kes pelanggaran undang-undang yang tinggi terhadap kanak-kanak di Ukraine.
  • “Saya amat terkejut dengan jumlah serangan yang tinggi ke atas sekolah dan hospital, serta orang awam yang menjadi mangsa peperangan itu.
  • “Jumlah kanak-kanak yang terbunuh atau mengalami kecacatan kekal disebabkan oleh tentera Russia dan kumpulan askar upahan adalah tinggi,” katanya.

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meletakkan Russia dalam senarai ‘negara memalukan’ susulan pembunuhan dan mencederakan ratusan kanak-kanak dalam perang menentang Ukraine, menurut dokumen yang dilihat AFP semalam.

Badan dunia itu mendapati pasukan tentera Russia dan proksi askar upahan Wagner bertindak sewenang-wenangnya menyerang kawasan penempatan awam penduduk Ukraine, menyebabkan ramai mangsa dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam laporan tahunan mengenai layanan kanak-kanak di zon konflik, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, berkata beliau ‘terkejut dengan kes pelanggaran undang-undang yang tinggi terhadap kanak-kanak di Ukraine’, dilakukan pada 2022.

“Saya amat terkejut dengan jumlah serangan yang tinggi ke atas sekolah dan hospital, serta orang awam yang menjadi mangsa peperangan itu.

“Jumlah kanak-kanak yang terbunuh atau mengalami kecacatan kekal disebabkan oleh tentera Russia dan kumpulan askar upahan adalah tinggi,” katanya dalam laporan yang diedarkan kepada anggota Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Menurut dokumen itu, 477 kanak-kanak terbunuh di Ukraine tahun lalu termasuk 136 kematian dikaitkan dengan tentera Russia dan kumpulan gabungannya, sementara 80 kematian disebabkan angkatan tentera Ukraine.

Menurut laporan itu, seramai 909 lagi kanak-kanak berdepan kecacatan kekal, 518 daripadanya disebabkan serangan tentera Russia dan kumpulan proksinya, dan 175 lagi berikutan serangan tentera Ukraine.

Advertisement

Laporan itu akan didedahkan kepada umum pada minggu depan dan pemerhati Hak Asasi Manusia mengalu-alukan keputusan PBB untuk memanggil Russia bagi memberi penjelasan.

“Dengan menyenaraikan pasukan tentera Russia ke dalam kategori ‘negara memalukan’, Setiausaha Agung PBB menuntut mereka untuk bertanggungjawab atas pencabulan ngeri terhadap kanak-kanak.

“Beratus-ratus kanak-kanak Ukraine terbunuh dalam serangan Russia yang nampaknya dilakukan ke semua penempatan dari bangunan pangsapuri dan struktur awam lain,” kata pengarah advokasi untuk hak kanak-kanak, Jo Becker.

Walaupun menerima permintaan berulang kali daripada pertubuhan hak asasi manusia, Israel tidak dimasukkan ke dalam senarai ‘negara memalukan’, berhubung pembunuhan puluhan kanak-kanak Palestin.

Guterres berkata, terdapat ‘penurunan ketara bilangan kanak-kanak yang dibunuh oleh tentera Israel, termasuk melalui serangan udara’ pada tahun lalu berbanding laporan sebelumnya.

Menurut laporan itu, 42 kanak-kanak terbunuh pada 2022 oleh tentera Israel, berbanding 78 orang pada 2021.

Advertisement

“Bagaimanapun, saya tetap amat prihatin terhadap jumlah kanak-kanak yang terbunuh dan cacat disebabkan serangan tentera Israel.

“Kebanyakannya diakibatkan oleh penggunaan peluru hidup ketika operasi penguatkuasaan undang-undang dan kurangnya akauntabiliti secara berterusan,” katanya.

Bagaimanapun, Becker dan Duta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, menyifatkan keputusan Guterres tidak menyenaraikan Israel sebagai ‘kesalahan besar’.

“Keengganan beliau tahun demi tahun untuk memastikan tentera Israel bertanggungjawab atas tindakan ganas mereka terhadap kanak-kanak hanya memburukkan lagi keadaan, membuatkan rejim Zionis lebih berani menggunakan kekerasan terhadap kanak-kanak,” katanya.

Laporan PBB itu turut mengutuk keganasan terhadap kanak-kanak di Republik Demokratik Congo, Somalia, Syria, Haiti dan beberapa negara lain.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending