Connect with us

Terkini

EKSKLUSIF: “Tak perlu hina kaum dan agama untuk buat lawak!” – tegas Ogy Ahmad Daud

Pelakon primadona negara, Fauziah Ahmad Daud menegaskan supaya jangan sesekali menyentuh sensitiviti melibatkan agama dan kaum ketika membuat lawak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Fauziah Ahmad Daud
Foto: Ogy menyokong penutupan kelab komedi terkait jika ia memberi lebih banyak kebaikan.
  • Fauziah Ahmad Daud (Ogy) menegaskan jangan menyentuh sensitiviti agama dan kaum ketika membuat lawak.
  • Orang industri dahulu turut buat jenaka tapi tidak sentuh sensitiviti agama dan kaum namun lawak mereka kekal relevan hingga kini.
  • Lawak terdahulu dikatakan lebih kepada mendidik dan mengajar kita berfikir.
  • Para pelopor industri hiburan diingatkan menjadi penggiat seni berintelek, berfikiran kritis dan kritikal.
  • Ogy menyokong penutupan kelab komedi terkait jika ia memberi lebih banyak kebaikan.
  • Perkara di atas dikemukakan rentetan tular video lawak komediri yang didakwa memperlekehkan agama dan kaum Melayu.

KUALA LUMPUR – Pelakon primadona negara, Fauziah Ahmad Daud menegaskan supaya jangan sesekali menyentuh sensitiviti melibatkan agama dan kaum ketika membuat lawak.

“Orang industri dahulu turut membuat lawak namun tidak pernah menyentuh sensitiviti agama dan kaum, tetap juga hari ini  lawak mereka masih jadi sebutan dan tak lapuk dek zaman”, katanya lagi.

Menurutnya, lawak yang dibawa filem klasik Musang Tok Janggut karya Tan Sri P.Ramlee wajar dijadikan contoh kerana sekalipun ia cerita komedi namun tetap disuntik dengan ilmu bahkan sindiran yang dilontarkan berkias.

“Bagi saya lawak yang dibawa Tan Sri. P. Ramlee dan mereka sezaman dengannya itu telah mendidik kita dalam pelbagai sudut antara kita sedar atau tidak.

“Sindiran yang dibawa juga disulam dan dikias dengan begitu molek, mendidik kita untuk berfikir. Tak ada disentuh tentang agama dan bangsa,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times pada Rabu.

Sebelum ini tular beberapa buah video pendek memaparkan seorang pelawak komediri yang didakwa memperlekehkan agama dan kaum ketika menjadikan isu sensitif agama dan kaum sebagai modal jenaka.

Fauziah atau lebih mesra dipanggil Ogy, berpandangan beberapa siri kejadian kontroversi melibatkan komediri bermula daripada video tular wanita hina Islam hingga tersebarnya video lawak komediri dari seorang lelaki dikenali sebagai Rizal Van Geyzel yang disifatkan memperlekeh Bumiputera sudah berakar umbi dalam negara kita namun baru ketika ini ia disingkap satu-persatu.

Justeru beliau mengingatkan para pelopor industri hiburan untuk menjadi penggiat seni yang berintelek, berfikiran kritis dan kritikal.

“Tidak perlu membuat lawak bodoh yang tidak mendatangkan manfaat kepada penonton,” katanya juga sambil menyuarakan kesedihan apabila melihat bangsa sendiri mentertawakan lawak yang jelas memperlekeh bangsa mereka.

Tegasnya, “I fight for our right, for our race and religion. It is our responsibility to defend our race and religion.

You can do apa jua stand up comedy ke apa jua yang nak buat orang ketawa terbahak-bahak tapi awak tak perlu sentuh benda sensitiviti kerana itu bukan cara intelek.”

Ogy turut mengharapkan perkara itu tidak berterusan dibiarkan berlaku dan bersetuju dengan penutupan kelab komedi tersebut jika ia memberi lebih banyak kebaikan. – The Merdeka Times

Author