Connect with us

Ekonomi

Kerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksanakan – CUEPACS

Adnan berkata kerajaan perlu memfokuskan kepada isu pekerjaan yang lebih penting dan yang sudah diumumkan tetapi masih pada peringkat kajian atau tidak dilaksanakan lagi walaupun sudah dikuatkuasakan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

kerja 4 hari - Presiden CUEPACS Adnan Mat
  • Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata cadangan kerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksanakan di negara ini.
  • Sebaliknya, keutamaan perlu diberikan kepada penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan kebajikan warga penjawat awam seiring kos sara hidup yang meningkat.
  • Juga tentang pelaksanaan gaji minimum, penebusan awal gantian cuti rehat dan kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang diluluskan tapi belum dilaksanakan.

KUALA LUMPUR – Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presidennya Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan.

“Tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa kini.

“Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kebajikan warga penjawat awam perlu diberikan keutamaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata kerajaan perlu memfokuskan kepada isu pekerjaan yang lebih penting dan yang sudah diumumkan tetapi masih pada peringkat kajian atau tidak dilaksanakan lagi walaupun sudah dikuatkuasakan.

Beliau berkata antaranya ialah pelaksanaan gaji minimum melalui sistem saraan baharu, penebusan awal gantian cuti rehat serta kenaikan pangkat secara ‘time based’ yang dipendekkan sebelum ini.

Khamis lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu berikutan terdapat tuntutan beberapa pihak yang mahu kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.

Beliau turut menyeru semua warga perkhidmatan awam untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing dan tidak hilang fokus dalam isu pelaksanaan empat hari bekerja seminggu.

“Cuepacs berharap pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam dapat menjaga keharmonian dalam kalangan kakitangan dengan mematuhi peraturan semasa perkhidmatan.

“Sebarang keputusan berkaitan sumber manusia harus dibuat berdasarkan peraturan sedia ada bagi mengelak kerugian modal insan,” katanya.

Sumber : Bernama

Author