Antarabangsa
Kerajaan India musnahkan gerai peniaga muslim
Sentimen kebencian terhadap agama Islam bukan lagi perkara yang baharu di India apabila insiden-insiden anti-Islam direkodkan telah berlaku di Khargone, Gujarat dan New Delhi.
- Sentimen anti-Islam semakin memuncak apabila kerajaan merobohkan rumah dan kedai orang Islam tanpa apa-apa notis.
- Undang-undang menjamin hak peniaga-peniaga ini dan kerajaan tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya.
- Kerajaan bercakap besar mahu memperkasakan wanita Islam, namun realitinya tidak begitu – Aktivis sosial Khair Help Foundation.
NEW DELHI – Sentimen kebencian terhadap agama Islam bukan lagi perkara yang baharu di India apabila insiden-insiden anti-Islam direkodkan telah berlaku di Khargone, Gujarat dan New Delhi.
Jahangirpuri yang terletak di utara barat Delhi turut tidak terkecuali daripada serangan ideologi anti-Islam apabila rumah dan kedai-kedai dimiliki orang Islam di sana dirobohkan oleh pihak kerajaan.
Bukan hanya itu, kerajaan India turut memusnahkan kios menjual makanan ringan, barangan runcit dan barang-barang lain yang kebanyakannya dikendalikan wanita beragama Islam.
Disebabkan hal ini, para peniaga Muslim kehilangan mata pencarian untuk menyara hidup.
“Kerajaan bercakap besar kononnya mahu memperkasakan wanita Islam tetapi realitinya tidak begitu,” ujar Shabnum Nafeesa Kalim, aktivis sosial Khair Help Foundation.
“Mengapa mereka (kerajaan) tidak mempersoalkan golongan Hindu yang menghunus pedang dan melaungkan slogan anti-Islam?” soalnya lagi.
Rumah dan kedai di Jahangirpuri dirobohkan kerajaan tanpa apa-apa notis pemberitahuan diberikan kepada pemilik-pemilik kedai dan rumah di situ.
Manwari Bibi atau lebih dikenali sebagai Monnu, yang juga merupakan salah seorang peniaga di kawasan tersebut turut menceritakan pengalamannya dizalimi pihak polis.
“Polis pernah datang ke rumah kami pada pukul 3 pagi dan memukul kami dengan kejam. Saya mengalami pendarahan yang teruk di bahagian mulut” ujar Monnu.
Monnu ialah ibu tunggal kepada lima orang anak. Dia meninggalkan suaminya yang kejam untuk memulakan hidup baru. Namun, dia tidak tahu bahawa impiannya akan musnah selepas kiosnya dirobohkan pihak kerajaan.
“Mula-mula mereka memusnahkan kedai kami, kemudian mereka menangkap orang kami. Mereka sudah memusnahkan hidup kami sepenuhnya,” kesal Monnu.
“Sepertimana yang diperuntukkan dalam Perkara 21 Perlembagaan India dan Street Vendors (Protection of Livelihood and Regulation of Street Vending) Act 2014, undang-undang melindungi aktiviti jual beli jalanan di kawasan pedalaman dan penjual tidak boleh dikeluarkan dari kawasan tersebut tanpa diberitahu terlebih dahulu,” jelas Kawalpreet Kaur, aktivis di Human Rights Law Network.
“Peniaga-peniaga di Jahangirpuri mempunyai lesen untuk berniaga, dan mereka telah berniaga lebih dari sedekad lamanya. Jadi, apakah asas rumah dan kedai mereka dimusnahkan? Adakah kerana mereka orang Islam?” katanya.
Sentimen kebencian ini dipercayai dibuat bertujuan menimbulkan ketakutan dan menghukum komuniti Islam.
Sumber: Fair Planet
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times