Connect with us

Antarabangsa

Dihimpit krisis ekonomi, Emeriyah Islam Afghanistan minta diiktiraf dunia

Taliban meminta negara asing untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan mereka secara rasmi berikutan ekonomi di Afghanistan menjunam teruk akibat sekatan daripada Barat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Emeriyah Islam Afghanistan
Foto: Berita Harian
  • Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan meminta dunia mengiktirafnya dan meminta sekatan antarabangsa ditarik balik, dana (bank pusat) dinyahbekukan.
  • Ekonomi Afghanistan kini menjunam teruk akibat sekatan dikenakan Barat.
  • Permintaan penarikan sekatan ekonomi itu diutarakan pada perhimpunan membabitkan kira-kira 4,000 pemimpin agama dan golongan lelaki dikendalikan Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban.

KABUL: Taliban meminta negara asing untuk mengiktiraf kerajaan pimpinan mereka secara rasmi berikutan ekonomi di Afghanistan menjunam teruk akibat sekatan daripada Barat.

Bagaimanapun, isyarat perubahan terhadap tuntutan antarabangsa seperti pembukaan sekolah menengah perempuan masih tidak diendahkan.

Permintaan itu diutarakan pada perhimpunan tiga hari oleh kira-kira 4,000 pemimpin agama dan golongan lelaki yang dikendalikan Taliban berakhir hari ini.

“Kami meminta negara serantau dan antarabangsa, terutama negara Islam mengiktiraf Emiriah Islam Afghanistan dan melepaskan semua sekatan, menyahbeku dana (bank pusat) dan sokongan dalam pembangunan Afghanistan,” kata peserta perhimpunan itu menerusi kenyataan untuk kerajaan mereka yang belum diiktiraf secara rasmi oleh mana-mana negara.

Kenyataan itu berkata, mempertahankan Emiriah Islam adalah wajib dan kumpulan militan Daesh yang mendakwa berada di sebalik beberapa serangan di negara itu adalah haram.

“Kami tidak akan campur tangan dengan negara jiran dan mereka tidak sepatutnya campur tangan di Afghanistan,” kata kenyataan itu.

Ekonomi Afghanistan menjunam ke dalam krisis apabila Barat menarik balik pembiayaan dan menguatkuasakan sekatan dengan tegas sekiranya Taliban tidak mengubah haluan mengenai hak asasi manusia, terutama mengenai hak wanita.

Sebelum ini, Taliban pernah mengumumkan semua sekolah akan dibuka pada bulan Mac menyebabkan ramai gadis yang hadir ke sekolah menengah menangis kegembiraan.

Timbalan pemimpin Taliban yang juga Menteri Dalam Negeri, Sirajuddin Haqqani, berkata dunia menuntut kerajaan dan pendidikan yang inklusif dan isu berkenaan akan mengambil masa.

Bagaimanapun, ketua tertinggi kumpulan itu, Haibatullah Akhundzada, yang berpangkalan di bandar selatan Kandahar dan jarang muncul di khalayak ramai berkata, negara asing tidak seharusnya memberi arahan kepada mereka. – REUTERS/ Berita Harian

 

Author