Connect with us

Terkini

Bon Odori : Komentar sinis sindir Muslim dalam portal berbahasa Inggeris

Sambutan perayaan Bon Odori yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad di Kompleks Sukan Negara Shah Alam telah mencipta suasana hangat di media sosial dalam kalangan warga maya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Fiesta Bon Odori
Foto: Festival Bon Odori.
  • Suasana media sosial hari ini melihatkan komen-komen berbaur sindiran terhadap ketidakterbukaan ajaran Islam apabila umat Islam dilarang menyertai pesta Bon Odori.
  • Namun, wujud juga komen bertujuan membetulkan fahaman pengguna lain tentang larangan Islam menghadiri apa jua acara yang berunsurkan keagamaan selain agama Islam.
  • Ruangan komen berita sambutan pesta Bon Odori dipenuhi komentar sinis dari warga maya apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad melarang umat Islam menyertainya disebabkan kewujudan unsur-unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

KUALA LUMPUR – Sambutan perayaan Bon Odori yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad di Kompleks Sukan Negara Shah Alam telah mencipta suasana hangat di media sosial dalam kalangan warga maya.

Jika diteliti ruangan komen berkaitan berita sambutan acara ini, didapati banyak komentar berbaur sindiran dibuat terhadap Muslim dan agama Islam.

Rata-rata ruangan komen dihujani dengan mesej negatif terhadap pendirian agama Islam yang melarang umat Islam menyertai acara tersebut.

Antara komen-komen yang ditulis adalah seperti berikut:

Bon Odori FB comments

“Dunno PAS politicians and JAKIM officials attend this event as observer order by the Sultan? If yes let’s see how many of my dear muslim friends turn defiant after this event.

“Everyone enjoyed… Everyone happy… No one changed religion… No one confused… Only the loud mouth feels stupid now.

Bon Odori FB comments

Bon Odori FB comments

Bon Odori FB comments

“Anyone converted to Japanese faith after attending the event?”

“Anak saya relax jer solat isyak semalam balik dari Bon Odori tak pulak bertukar jadi ninja… hahahah”.

Bon Odori FB comments

Bon Odori FB comments

 

“Extremist in this country have been trying to wipe off culture by using religion.”

“Join saja akan automatic tukar ugama”.

Selain komen-komen sebegitu, terdapat komen lain dari warga maya yang cuba membetulkan fahaman pengguna lain berkenaan ajaran Islam terhadap isu terbabit.

Seorang pengguna Facebook turut membalas komen negatif tersebut bertujuan memberi kefahaman kepada pengguna lain tentang larangan ajaran Islam untuk menyertai apa-apa perayaan yang melibatkan unsur keagamaan.

Bon Odori FB comments

“Saya minta maaf, saya harus mengatakan perkara ini. Kepada semua orang bukan Islam, kami orang Islam mempunyai peraturan yang ketat jika melibatkan agama dan kepercayaan. Jika hanya untuk budaya, kami tidak mempunyai sebarang masalah.

“Sepertimana yang diketahui, Bon Odori adalah perayaan untuk menyeru roh nenek moyang, jadi bukan sahaja dikira sebagai budaya, ia melibatkan kepercayaan, jadi orang Islam dilarang menyertainya.

“Anda semua boleh mengatakan apa yang anda mahu katakan, tetapi setiap agama mempunyai peraturannya sendiri, jadi sila fahami peraturan kami dan berhenti mempersendakannya,” balas beliau di ruangan komen tersebut.

Ruangan komen berita sambutan pesta Bon Odori dipenuhi komentar sinis dari warga maya apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad melarang umat Islam menyertainya disebabkan kewujudan unsur-unsur keagamaan yang bertentangan dengan Islam.

Sumber: Facebook

Author