Terkini
Bimbang rugi, Dewan Perniagaan Cina Langkawi gesa kerajaan kaji semula RUU Kawalan Tembakau dan Merokok.
Dewan Perniagaan Cina Langkawi (DPCL) menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Dasar Penamat Generasi (GEG) menerusi Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok.
- “Peniaga akan mengalami kerugian kerana kita bukan sahaja kehilangan jualan produk tertentu tetapi turut memberi kesan kepada barangan lain.” – DPCL.
- “Pengharaman rokok sepenuhnya akan mengurangkan pendapatan kami dalam jangka panjang, sedangkan peruncit di kawasan bebas cukai turut berfungsi menyumbang kepada ekonomi negara.”
LANGKAWI: Dewan Perniagaan Cina Langkawi (DPCL) menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Dasar Penamat Generasi (GEG) menerusi Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok.
Gesaan itu dibuat susulan langkah Kementerian Kesihatan membentangkan RUU itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, dua hari lalu.
Timbalan Pengerusi DPCL, Ku Chin Loon, berkata jika rang undang-undang itu diluluskan, ia boleh menjejaskan pendapatan peniaga yang berpaksikan industri pelancongan.
“Peniaga akan mengalami kerugian kerana kita bukan sahaja kehilangan jualan produk tertentu tetapi turut memberi kesan kepada barangan lain.
“Kedatangan pelanggan berkurangan, impaknya menjadi lebih ketara bagi peniaga yang memfokuskan kepada produk terpilih,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
RUU berkenaan akan mengenakan tindakan ke atas individu yang lahir dari 2007, jika mereka membeli, memiliki atau menggunakan rokok atau vape.
Chin Loon berkata, kebanyakan peniaga baru pulih selepas terkesan akibat pendemik COVID-19 dan kini bakal berdepan pula dengan keputusan kerajaan untuk mengenakan duti eksais ke atas rokok di kawasan bebas cukai.
“Pengharaman rokok sepenuhnya akan mengurangkan pendapatan kami dalam jangka panjang, sedangkan peruncit di kawasan bebas cukai turut berfungsi menyumbang kepada ekonomi negara.
“Perniagaan kami membantu meningkatkan kedatangan pelancong tempatan sambil menarik pelabur untuk melabur dalam pelbagai industri serta mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.
Justeru, katanya, Dewan Perniagaan Cina Langkawi menggesa Ahli Parlimen khususnya dari kawasan bebas cukai termasuk Langkawi, Labuan, Pangkor dan Tioman mempertimbangkan semula sokongan mereka untuk meluluskan RUU GEG itu.
Sumber : Berita Harian
Terkini
Dasar luar Malaysia rapuh, tidak bersedia untuk konflik peperangan
Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.
- Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s, Dr Saidatul Nadia Abd Aziz.
- Beliau berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas Palestin.
- Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
- “Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya, sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
- “Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam.
- Beliau berkata Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
KUALA LUMPUR — Dasar luar Malaysia tentang konflik dilihat rapuh dan tidak jelas, sekaligus meletakkan negara dalam kedudukan tidak bersedia sekiranya berlaku peperangan seperti di timur tengah, kata pensyarah dari School of law and Governance Universiti Taylor’s.
Dr Saidatul Nadia Abd Aziz berkata dengan permainan geopolitik sekarang yang amat kejam dan berubah pantas, tidak mustahil Malaysia bakal berdepan nasib sama seperti mana berlaku ke atas Palestin.
Beliau berkata tidak mustahil juga keamanan negara yang dirasakan akan kekal hingga ke kiamat akan tergugat berikutan dasar luar itu.
Katanya, Jordan boleh dijadikan contoh negara mempunyai dasar luar jelas apabila ia enggan membenarkan ruang udaranya dan kawasan negara itu ‘diganggu’ dalam konflik ketika ini dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
“Kalau dasar luar Malaysia sangat rapuh, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam negara kita dan kita pun tak mustahil boleh jadi seperti Palestin, di mana mereka (orang asing) masuk, fight negara kita.
“Dasar luar negara kita tak jelas kata mempertahankan ataupun dia (Malaysia) dah cakap (orang asing) jangan masuk atau apa-apa, pertahanan kita sebagainya… semua isu itu bila saya yang sudah banyak buat kajian ini nampaklah macam mana rapuhnya sebagainya dasar (luar Malaysia) kita tak berapa nak kuat.
“Kita tak bersedia untuk konflik yang kita ada sebegini ini… kita memang tak bersedia,” katanya menerusi video Wacana Sinar Edisi ke-436 bertajuk ‘Konflik Iran-Israel: Kesan Kepada Malaysia’ yang dimuat naik Youtube Sinar Harian di sini semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata pelancaran dron Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab rejim zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik.
Media pada Isnin melaporkan kabinet Jordan mengatakan setiap objek yang terbang memasuki ruang udara negara itu pada lewat malam Sabtu lalu dipintas demi keselamatan rakyat Jordan.
Kenyataan itu dikeluarkan kabinet Jordan selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa negara itu memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel. — The Merdeka Times
-
Terkini2 days ago
Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia
-
Antarabangsa3 days ago
Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan
-
Terkini1 day ago
Mahkamah batal penukaran agama gadis Kristian kepada Islam
-
Terkini1 day ago
Akaun 3 KWSP sedang dimuktamadkan, perincian dijangka umum sebelum hujung April