Connect with us

Terkini

15 peratus pelajar sekolah kita hisap rokok dan vape – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan 15.6 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun di negara ini menggunakan produk tembakau.

Wartawan TMT

Published

on

budak sekolah hisap rokok dan vape
Foto: Sumber The Star.
  • “Daripada peratusan itu, 11.6 peratus golongan itu adalah perokok aktif dan 7.5 peratus menggunakan rokok elektronik (vape),” – Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
  • Dapatan itu diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019.
  • Hantaran itu merupakan sebahagian kempen kerajaan dalam melaksanakan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan 15.6 peratus remaja berusia 15 hingga 19 tahun di negara ini menggunakan produk tembakau.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dapatan itu diperoleh hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2019.

“Daripada peratusan itu, 11.6 peratus golongan itu adalah perokok aktif dan 7.5 peratus menggunakan rokok elektronik (vape),” katanya menerusi hantaran di laman sosialnya pada Khamis.

Hantaran itu merupakan sebahagian kempen kerajaan dalam melaksanakan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.

Bacaan kedua RUU itu dijangka akan dibentangkan pada minggu hadapan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dr Noor Hisham berkata, ibu bapa yang prihatin, individu bukan perokok dan pesakit yang mengalami kesan buruk akibat rokok digesa bersama-sama menyuarakan sokongan masing-masing.

“Tandakan (tag) ahli Parlimen anda di media sosial, hubungi mereka atau hantarlah e-mel,” katanya.

Advertisement

Ujarnya, tindakan dan sokongan daripada semua pihak mampu membawa perubahan sekali gus menjadi sebahagian daripada sejarah negara.

“Ini bagi memastikan kesejahteraan masa depan anak-anak kita,” katanya yang turut memperkenalkan tanda pagar sokongan terhadap RUU itu iaitu #SayaSokongGEG.

Bacaan kali pertama RUU itu dibuat oleh Khairy [BN-Rembau] di Dewan Rakyat pada Rabu.

RUU itu antara lain memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya membeli, merokok dan memiliki produk tembakau atau peranti merokok.

Mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 jika disabitkan dengan kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

Advertisement

 

Author

Terkini

DBKL tarik balik larangan jual arak

Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.
  • Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.
  • Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong dalam temubual dengan Sin Chew Daily berkata, sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.
  • “Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.
  • “Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.
  • Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
  • Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Lembaga Perlesenan Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik balik larangan penjualan minuman keras di kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina.

Penarikan balik larangan itu dibuat selepas mesyuarat jawatankuasa terbabit pada 23 November lalu yang mengkaji dan memperbaharui lesen minuman keras untuk pertubuhan perniagaan di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Pooi Weng Keng Keong berkata sebanyak 1,519 permohonan lesen minuman keras telah diluluskan.

Katanya, larangan penjualan minuman keras di tempat makan yang tidak halal itu dilihat sebagai peraturan terlalu ketat.

“Kuala Lumpur adalah ibu negara dan bercita-cita untuk menjadi metropolis antarabangsa. Ia juga merupakan tarikan pelancongan yang paling penting bagi pelancong dari seluruh dunia.

“Ditambah dengan adat berbilang etnik, budaya dan kehidupan negara kita, kita tidak boleh mengamalkan peraturan yang terlalu ketat untuk mengawal alkohol atau melarang penjualan arak di tempat makan yang tidak halal,” katanya dalam temubual dengan Sin Chew Daily pada minggu lalu.

Di bawah garis panduan dilaksanakan pada 1 November 2021, DBKL melarang kedai runcit, serbaneka dan ubat Cina di Kuala Lumpur daripada menjual minuman keras.

Advertisement

Bagaimanapun, pelanggan masih dibenarkan membeli bir dari premis itu dari 7 pagi hingga 9 malam.

Penarikan balik larangan itu diselar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya yang menyifatkan ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Ahmad berkata garis panduan dikenakan sebelum ini dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk sensitiviti kawasan kepadatan penduduk Melayu-Islam, waktu penjualan dan sebagainya. 

“Malah ia dilakukan berikutan kes kemalangan maut yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang menjadi kebimbangan masyarakat dalam negara ketika itu.

“Malang sekali apabila bahagian perlesenan DBKL telah mengambil keputusan mengundur semula ke belakang (reversal). 

“Malah, keputusan menarik balik garis panduan berkenaan turut mendapat sokongan padu sebahagian pemimpin utama daripada DAP,” katanya dipetik Harakah Daily.

Advertisement

Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Abdul Razak Ramli berkata keputusan penarikan balik larangan itu akan membawa kepada lebih banyak masalah sosial.

“Umat Islam perlu bangkit melihat sikap sambil lewa kerajaan terhadap isu ini yang telah mengambil langkah ke belakang terhadap isu arak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan Abdul Razak mendapat respons Ahli Lembaga Perlesenan Eksais DBKL, Kasthuri Patto yang meminta beliau tidak menumpukan perhatian terhadap perkara itu.

Kashturi dilaporkan media sebagai berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan sepatutnya memberi tumpuan kepada unsur salah guna kuasa, rasuah, diskriminasi dan ketidakadilan. – The Merdeka Times

Author

Advertisement
Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending