Connect with us

Ekonomi

Penggunaan e-dompet meningkat 131%, puncak fasa revolusi kewangan

Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) mendapat sambutan menggalakkan apabila 3,919 peniaga telah aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli di seluruh negara.

Wartawan TMT

Published

on

Credit to FB KPDNHEP
Foto: Facebook KPDNHEP
  • Lebih 600 juta transaksi pada 2020 dicatat berbanding tahun sebelumnya.
  • Transaksi tanpa tunai digemari peniaga kerana lebih selamat dan cepat sekali gus peratusan penggunaan wang tunai menurun.
  • Kira-kira 49 peratus penduduk bandar mengaplikasikan perkhidmatan e-dompet yang bakal menjadi budaya rakyat pada masa akan datang.
  • Negara di rantau Asia Tenggara berdepan puncak fasa revolusi kewangan.

KUALA PERLIS – Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) mendapat sambutan menggalakkan apabila 3,919 peniaga telah aktif menggunakan e-dompet dalam urusan jual beli di seluruh negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, petanda positif itu menunjukkan peniaga telah mula menerima transaksi tanpa tunai kerana ia lebih selamat dan cepat.

“Berdasarkan rekod Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan transaksi e-dagang melonjak hingga 30 peratus iaitu bersamaan RM254.6 bilion pada suku pertama 2021.

“Negara-negara di rantau Asia Tenggara kini sedang berada pada puncak fasa revolusi kewangan dengan kira-kira 49 peratus daripada penduduk bandar telah pun mengaplikasikan perkhidmatan e-dompet, dan jumlah ini diunjur mencecah 84 peratus menjelang 2025,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Negeri Perlis pada Rabu malam.

Turut hadir Pengarah Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan Muhamad Hanif Asa’ari, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perlis Dr Faizal Kamarudin dan Pengarah KPDNHEP Perlis, Norazah Jaapar.

Rosol berkata, penggunaan e-dompet di negara telah meningkat sebanyak 131 peratus kepada melebihi 600 juta transaksi pada 2020 berbanding tahun sebelumnya.

“Menurut Laporan Paynett 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, peratusan rakyat Malaysia menggunakan wang tunai untuk pembayaran telah menurun kepada 11 peratus iaitu 78 peratus berbanding sebelum pandemik iaitu 89 peratus.

“Statistik ini menunjukkan bahawa digitalisasi pembayaran secara tanpa tunai telah mula diterima pakai dan dijangka menjadi budaya rakyat dalam tempoh akan datang,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Ekonomi

Goodyear tutup kilang di Shah Alam, 550 pekerja bakal terjejas

Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Kenyataan dari pengeluar tayar terkenal, Goodyear yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.
  • Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.
  • Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.
  • “Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 
  • “Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

KUALA LUMPUR – Pengeluar tayar terkenal, Goodyear akan menutup kilang pembuatannya di Shah Alam berkuat kuasa 30 Jun depan yang bakal menjejaskan sekitar 550 pekerja operasinya.

Perkara itu diumumkan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang dalam satu kenyataan yang tersebar di media sosial hari ini.

Foto: Kenyataan Presiden Goodyear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang.

Katanya, penutupan itu sebahagian dari program transformasi untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio syarikat pembuat tayar tersebut.

“Seperti yang kalian ketahui, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang direka untuk mengoptimumkan langkah dan portfolio kami, menyampaikan pengembangan margin yang ketara dan mencipta nilai pemegang saham. 

“Program ini termasuk tindakan khusus pengurangan kos tahunan sebanyak $1.0 bilion menjelang 2025, untuk memastikan kami kekal berdaya saing dan diletakkan sebagai peneraju industri,” kata Madarang dalam kenyataan media itu.

Madarang berkata keputusan seperti itu tidak dibuat secara mudah tetapi perlu untuk memajukan kepentingan jangka panjang syarikat dan pelanggannya.

“Sebagai sebahagian daripada usaha ini, Goodyear telah membuat keputusan sukar tetapi diperlukan dengan menutup kilang pembuatan kami di Shah Alam, Malaysia, berkuat kuasa 30 Jun 2024, dengan penutupan sepenuhnya dijangka selesai menjelang akhir tahun.

“Seperti mana-mana penutupan kemudahan lain, impak secara langsung akan berlaku dan dalam kes ini, kira-kira 550 jawatan operasi kami dalam Malaysia akan terjejas. 

“Kami komited menyantuni rakan sekerja kami dengan hormat dan telus sepanjang proses ini,” katanya turut berterima kasih di atas fokus berterusan kakitangan Goodyear selama ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending