Connect with us

Antarabangsa

99 tahun penjara jika gugur kandungan di Alabama

Kini, sesiapa sahaja yang terlibat dengan kegiatan menggugurkan kandungan di Alabama akan berdepan hukuman penjara maksimum 99 tahun.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Abortion Alabama
Foto: Gayatri Malhotra, Unsplash
  • Klinik-klinik wanita di Tuscaloosa batal seratus temujanji untuk menggugurkan kandungan.
  • Pembatalan ini berikutan dari keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan hak gugur kandungan.
  • Pusat wanita di Alabama Barat menghantar kesemua senarai tempahan gugur kandungan ke Atlanta memandangkan tindakan itu masih dibenarkan di sana.
  • Georgia, Mississippi dan Florida turut akan menyokong pelaksanaan undang-undang tersebut.
  • Satu lagi tamparan kepada gerakan feminisme.

Pusat Wanita Tuscaloosa yang terletak di Alabama Barat itu sudah membatalkan seratus temujanji prosedur menggugurkan kandungan seminggu selepas Mahkamah Agung menguatkuasakan semula Roe v. Wade, iaitu satu undang-undang yang menghalang wanita dari melakukan pengguguran kandungan.

Negeri-negeri di Amerika Syarikat sedang dalam fasa peralihan bagi menguatkuasakan undang-undang itu.

Alabama terus menolak pengguguran kandungan sebaik saja mendapat kata putus dari mahkamah pada Jumaat lalu.

Kini, sesiapa sahaja yang terlibat dengan kegiatan menggugurkan kandungan di Alabama akan berdepan hukuman penjara maksimum 99 tahun.

Menurut Pengarah Operasi di klinik itu, Robin Marty, tiga pengunjung di Pusat Wanita Alabama yang terlepas pandang atau tidak tahu langsung berkaitan isu itu, masih hadir untuk menyemak status temujanji prosedur mereka pada Isnin lalu.

Marty berkata semasa Mahkamah Agung mengumumkan pelaksanaan undang-undang tersebut, masih terdapat 21 orang yang ingin menempah tarikh temujanji prosedur itu.

Pusat Wanita Alabama Barat menghantar kesemua tempahan itu ke Atlanta memandangkan pengguguran kandungan masih tidak dilarang di sana. Akan tetapi, ia mengambil masa 4 jam perjalanan dari Tuscaloosa.

Walaubagaimanapun, hampir semua pengunjung di Pusat Wanita Alabama Barat datangnya dari luar bandar itu. Ini bermakna, perjalanan bagi mereka untuk ke Atlanta akan mengambil masa lebih lama.

Kebanyakan mereka datang dari luar bandar Texas yang melarang kegiatan pengguguran kandungan enam minggu lebih awal sebelum pelaksanaan itu diumumkan di Amerika Syarikat.

Setiap negeri bersempadan dengan Texas kecuali New Mexico kini menolak kegiatan pengguguran kandungan.

Louisiana menolak pengguguran kandungan itu pada Jumaat lepas, tetapi seorang hakim menyekat undang-undang itu dan menangguhkannya ke hari Isnin.

Kini tempat untuk melakukan prosedur itu adalah sangat terhad dan hanya boleh dilakukan di sebelah selatan dan tenggara Amerika Syarikat.

Georgia juga bakal menolak kegiatan pengguguran enam minggu selepas hakim persekutuan membenarkan permintaan negeri bagi melaksanakan undang-undang 2019 itu.

Mississippi pula bersedia melaksanakan undang-undang itu selepas lengkap kesemua proses pensijilan yang diperlukan.

Florida turut akan mengikut melaksanakan undang-undang itu selepas 15 minggu ia diumumkan walaupun berhadapan beberapa pembantahan yang berkemungkinan dapat menjejaskan undang-undang tersebut.

Menurut Marty, Pusat Wanita Alabama Barat akan meneruskan perkhidmatan susulan bagi pesakit yang menghadapi keguguran (tidak sengaja) dan yang melakukan prosedur gugur kandungan (dengan sengaja) yang sudah menjalani rawatan di situ sebelum undang-undang larangan dilaksanakan.

Tambah Marty, klinik itu merupakan salah satu daripada dua yang terletak di Alabama dan dibuka lima hari seminggu memandangkan ia mempunyai doktor yang berkhidmat sepenuh masa.

Marty menjelaskan ia amat luar biasa memandangkan klinik pengguguran jarang mempunyai doktor sepenuh masa yang bekerja sepanjang minggu di kawasan daerah-daerah bahagian selatan Amerika Syarikat.

Kebanyakan pakar perubatan datang dari luar negeri memandangkan negeri yang didiami mereka melarang prosedur tersebut.

Ini bermakna klinik di sini biasanya menawarkan prosedur pengguguran beberapa hari sahaja dalam seminggu sewaktu doktor ada di bandar. Tetapi, keadaan di klinik yang dibanjiri pesakit-pesakit yang datang dari Texas amat membebankan mereka sejak enam minggu undang-undang itu berkuat kuasa di Texas.

Georgia selepas ini berkemungkinan akan menghadapi gelombang pesakit yang datang dari daerah selatan hasil dari undang-undang larangan ini.

Selepas ini, akan lebih ramai wanita beralih kepada pil pengguguran atas faktor kos meningkat disebabkan limitasi tawaran perkhidmatan dan juga jarak ke klinik yang sangat jauh.

Walaupun pil pengguguran tidak boleh didapati di Alabama disebabkan ia menyalahi undang-undang, mereka masih boleh mendapati pil pengguguran secara atas talian atau pergi ke luar negeri untuk membeli pil itu.

Sumber:
CNBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *