Connect with us

Antarabangsa

Lebih ramai suspek pembunuhan aktivis LGBT Kenya ditangkap

Polis Kenya menangkap lebih ramai suspek berhubung pembunuhan aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), Edwin Chiloba yang mana mayatnya yang telah dikerat-kerat, ditemui di dalam sebuah peti logam di tepi jalan, demikian menurut laporan media semalam (9 Januari).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih ramai suspek pembunuhan aktivis LGBT Kenya ditangkap
Foto: Edwin Chiloba
  • Polis Kenya menangkap lebih ramai suspek berhubung pembunuhan aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), Edwin Chiloba yang mana mayatnya yang telah dikerat-kerat, ditemui di dalam sebuah peti logam di tepi jalan.
  • Polis turut menangkap seorang jurugambar bebas dikatakan sahabat lama mangsa.
  • Pada Sabtu lepas, tiga suspek lain ditahan kerana peranan mereka dalam membuang mayatnya. 
  • “Dia mati secara menyakitkan. Mereka sudah tentu menyeksa dan kemudian mengorek keluar matanya. Dia kelihatan seperti dicekik,” kata seorang pegawai polis bertugas di Eldoret.

NAIROBI – Polis Kenya menangkap lebih ramai suspek berhubung pembunuhan aktivis lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ), Edwin Chiloba yang mana mayatnya yang telah dikerat-kerat, ditemui di dalam sebuah peti logam di tepi jalan, demikian menurut laporan media semalam (9 Januari).

Polis pada Jumaat lalu berkata, pihaknya telah menangkap seorang jurugambar bebas yang dikatakan sebagai sahabat lama mangsa. Chiloba, 25, merupakan aktivis utama dalam komuniti LGBTQ di Kenya di samping seorang model dan pereka fesyen.

Pada Sabtu lepas, tiga suspek lain ditahan kerana peranan mereka dalam membuang mayatnya, media tempatan memetik beberapa pegawai polis sebagai berkata.

Mayat Chiloba ditemui sekitar 40 kilometer di luar banda Eldoret, Lembah Rift selepas ia dilaporkan dicampak keluar daripada sebuah kereta yang sedang bergerak.

Akhbar The Star melaporkan bahawa bedah siasat akan dilakukan semalam (waktu tempatan), manakala keluarga mangsa melakukan persiapan untuk pengebumian Sabtu ini.

“Dia mati secara menyakitkan. Mereka sudah tentu menyeksa dan kemudian mengorek keluar matanya. Dia kelihatan seperti dicekik,” kata seorang pegawai polis yang bertugas di Eldoret kepada media minggu lalu.

Ketua hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volker Turk berkata Sabtu lalu bahawa beliau sangat terkejut dengan kematian Chiloba.

“Berdiri dalam solidariti bersama-sama aktivis LGBTQ!+ di seluruh dunia. Keperluan mendesak untuk menggandakan usaha melindungi mereka,” katanya di Twitter. – AFP

Sumber: Kosmo

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *