Connect with us

Antarabangsa

Singapura akhirnya mansuh undang-undang gay

Parlimen Singapura memansuhkan larangan hubungan seks antara lelaki (gay) tetapi mengehadkan prospek membenarkan perkahwinan sejenis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Singapura akhirnya mansuh undang-undang gay
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Parlimen Singapura memansuhkan larangan hubungan seks antara lelaki (gay), namun membataskan prospek membenarkan perkahwinan sejenis.
  • Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Timbalannya, Lawrence Wong, masih mengekalkan undang-undang semasa mengenai definisi perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita.
  • Kedua-dua pemansuhan dan pindaan perlembagaan itu diluluskan dengan majoriti besar memandangkan Parti Tindakan Rakyat mendominasi Parlimen Singapura.
  • Kira-kira 42 peratus mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun menerima perkahwinan sejenis pada 2018, demikian menurut tinjauan Institut Kajian Dasar.

Parlimen Singapura memansuhkan larangan hubungan seks antara lelaki (gay) tetapi mengehadkan prospek membenarkan perkahwinan sejenis.

Aktivis LGBT bersorak mengenai berita pemansuhan itu, namun kecewa dengan batas undang-undang baru.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan Timbalannya, Lawrence Wong menolak sebarang perubahan pada undang-undang semasa mengenai definisi perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita.

“Kami akan cuba dan mengekalkan keseimbangan… untuk menegakkan masyarakat yang stabil dengan tradisional, nilai keluarga heteroseksual, namun dengan ruang untuk homoseksual menjalani kehidupan mereka dan berbakti kepada masyarakat,” kata Menteri Dalam Negeri, K Shanmugam dipetik ABC News.

Kedua-dua pemansuhan dan pindaan perlembagaan diluluskan dengan majoriti besar memandangkan Parti Tindakan Rakyat yang mendominasi Parlimen Singapura.

Setakat ini, tarikh penguatkuasaan untuk undang-undang baharu itu belum diumumkan lagi.

Bagaimanapun, transformasi itu memberi ruang kepada parlimen akan datang untuk mengembangkan definisi perkahwinan dengan memasukkan hubungan sejenis.

Pengerusi kumpulan advokasi LGBTQ Oogachaga, Bryan Choong menyifatkannya detik bersejarah bagi aktivis yang berkempen selama 15 tahun untuk pemansuhan undang-undang ‘Seksyen 377A’.

Di Singapura, kecenderungan terhadap isu LGBTQ beralih menjadi lebih liberal sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutama dalam kalangan golongan muda.

Kira-kira 42 peratus mereka berumur dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun menerima perkahwinan sejenis pada 2018, meningkat dari 17 peratus pada lima tahun sebelumnya, menurut tinjauan Institut Kajian Dasar.

Sumber: ABC News

 

Author