Connect with us

Terkini

Bukan Islam tidak terikat dengan hukum Islam, jaga sensitiviti kaum- Mufti Pulau Pinang 

Umat Islam dikira berdosa sekiranya bermain judi dan meminum arak kerana hukum bagi kedua-duanya adalah haram. Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, hukum-hukum tersebut tertakluk kepada penganut yang beragama Islam sahaja. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Rasyidah Zulkifli

Published

on

Bukan Islam tidak terikat dengan hukum Islam, jaga sensitiviti kaum- Mufti Pulau Pinang 
Foto: Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Mufti Pulau Pinang.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming mengenai dasar-dasar PAS yang dianggap sebagai ancaman kepada bukan Islam.
  • Menurutnya, orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum-hukum tersebut dan justeru bebas melakukan apa yang dikehendaki dalam batas-batas yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, umat Islam dikira berdosa sekiranya bermain judi dan meminum arak kerana hukum bagi kedua-duanya adalah haram.
  • Jelas Wan Salim, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi di mana setiap rakyat bebas mengeluarkan pandangan tentang apa jua isu yang difikirkan baik dan bermanfaat untuk negara, asalkan tidak menyinggung sensitiviti mana-mana kaum di negara ini.
  • “Konsert dan hiburan pada dasarnya tidak dilarang di dalam Islam. Namun, perlu ada garis panduan tertentu untuk memastikan ia tidak melalaikan seorang Muslim daripada menunaikan ibadat dan supaya tidak membawa kepada perbuatan maksiat,” ulasnya.

KUALA LUMPUR – Umat Islam dikira berdosa sekiranya bermain judi dan meminum arak kerana hukum bagi kedua-duanya adalah haram.

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, hukum-hukum tersebut tertakluk kepada penganut yang beragama Islam sahaja. 

“Dimaklumkan bahawa agama Islam menetapkan hukum halal dan haram ke atas segala tindak tanduk penganutnya yang wajib dipatuhi secara konsisten.

“Kecuali dalam keadaan- keadaan tertentu di mana hukum-hukum itu diberi keringanan atau dikecualikan berdasarkan kaedah-kaedah tertentu.

“Orang bukan Islam tidak terikat dengan hukum-hukum tersebut dan justeru bebas melakukan apa yang mereka kehendaki dalam batas-batas yang diizinkan oleh undang-undang negara,” katanya kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Salim berkata demikian susulan dakwaan Ketua DAP Perak, Nga Kor Ming, yang menyifatkan dasar PAS mengenai perjudian, arak, konsert dan pengasingan lelaki dan wanita, mengancam nilai sekular serta kepelbagaian budaya di Malaysia. 

Kebebasan bersuara jangan melampaui batas

Jelas Wan Salim, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi di mana setiap rakyat bebas mengeluarkan pandangan tentang apa jua isu yang difikirkan baik dan bermanfaat untuk negara.

“Bagaimanapun, kebebasan yang dimiliki tidak harus disalah gunakan sehingga boleh menyinggung sensitiviti mana-mana kaum di negara ini.

“Konsert dan hiburan pada dasarnya tidak dilarang di dalam Islam. Namun, perlu ada garis panduan tertentu untuk memastikan ia tidak melalaikan seorang Muslim daripada menunaikan ibadat dan supaya tidak membawa kepada perbuatan maksiat,” ulasnya.

Memetik petikan daripada Malaysiakini, Kor Ming juga mendakwa bahawa dasar-dasar PAS akan “menceroboh” kebebasan orang bukan Islam serta membawa kepada penghijrahan keluar pelabur asing, yang seterusnya akan memberi kesan kepada ekonomi.

Mengulas lanjut mengenai hal ini,Wan Salim berkata Islam menggalakkan segala usaha untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara termasuk usaha menarik pelaburan asing ke negara ini. 

“Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh orang bukan Islam adalah yang berkaitan dengan ekonomi dan pelaburan asing. 

“Namun dalam konteks ini, Islam menghendaki pihak kerajaan supaya bijaksana dalam mempertimbangkan antara aspek yang bermanfaat dengan aspek yang memudaratkan kerana kita tidak akan menemui di dalam kehidupan ini sesuatu yang bermanfaat 100 peratus atau yang memudaratkan 100 peratus.

“Cuma kita perlu memilih  mana yang manfaatnya lebih banyak berbanding kemudaratannya. Kita ambil atau menerima apa yang lebih banyak manfaatnya dan menolak apa yang lebih banyak kemudaratan atau keburukannya,” jelasnya.

Di samping itu, perlu difahami juga bahawa perkiraan untung dan rugi di dalam pandangan Islam tidak hanya dilihat dari sudut ekonomi dan kebendaan sahaja, tetapi dipertimbangkan juga dari sudut moral dan spiritual.

Islam sentiasa menekankan keseimbangan antara dimensi-dimensi kemanusiaan iaitu fizikal, mental dan spiritual, lalu membangunkan kesemuanya secara holistik. 

Sambungnya, Islam juga tidak melarang pergaulan antara lelaki dan wanita dari sudut keterangkuman jantina dalam aktiviti-aktiviti sosial serta kerjaya.

“Yang diharamkan adalah khalwat iaitu keadaan berdua-duaan antara seorang lelaki dan wanita yang boleh kahwin (mengikut hukum Islam) dalam keadaan yang mencurigakan. 

“Wanita tidak dilarang bergaul dengan lelaki di tempat kerja, di dalam majlis-majlis keramaian dan sebagainya dalam batas-batas adab kesopanan daripada sudut kelakuan, pakaian dan penampilan diri,” katanya.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *