Connect with us

Antarabangsa

Jordan kaut untung sehingga RM1.7 juta bagi setiap bantuan ‘airdrop’ ke Gaza – Sumber

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Raja Jordan, Raja Jordan, Raja Abdullah
  • Pendedahan itu dilaporkan oleh agensi media Middle East Eye (MEE).
  • Menurut dua sumber daripada NGO dan dua lagi yang mengetahui secara langsung mengenai skim ini, pihak berkuasa Jordan dilapor mengenakan bayaran sebanyak $2,200 (RM10,400) untuk setiap trak bantuan yang memasuki Gaza.
  • Sebanyak $200,000 dikenakan untuk misi ‘air drop’ rawak, manakala $400,000 dikenakan bagi misi yang disasarkan walaupun setiap pesawat hanya membawa muatan yang bersamaan dengan kurang separuh daripada satu trak bantuan.

JORDAN — Pihak berkuasa Jordan didakwa meraih keuntungan besar hasil pengurusan penghantaran bantuan antarabangsa ke Gaza sepanjang perang antara Israel dan Palestin.

Pendedahan itu dilaporkan oleh agensi media Middle East Eye (MEE).

Sumber memberitahu MEE bahawa Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO), sebuah badan rasmi yang menyelia bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Israel untuk bertindak sebagai satu-satunya saluran bagi bantuan yang dihantar melalui Jordan.

MEE telah menemu bual beberapa wakil daripada organisasi bantuan antarabangsa serta individu yang mempunyai pengetahuan langsung tentang operasi JHCO.

Menurut salah satu sumber, sebahagian besar bantuan yang dikaitkan dengan JHCO sebenarnya datang daripada kerajaan asing dan NGO sama ada dari Jordan sendiri atau dari luar negara.

Bagaimanapun sumbangan langsung daripada kerajaan Jordan adalah sangat kecil.

Menurut dua sumber daripada NGO dan dua lagi yang mengetahui secara langsung mengenai skim ini, pihak berkuasa Jordan dilaporkan mengenakan bayaran sebanyak $2,200 (kira-kira RM10,400) untuk setiap trak bantuan yang memasuki Gaza,

Menurut JHCO, bayaran tersebut dibayar terus kepada Angkatan Tentera Jordan.

Selain itu, Jordan turut mengenakan caj antara $200,000 hingga $400,000 bagi setiap misi secara ‘air drop’ atau digugurkan melalui ruang udara, kata sumber.

Sebanyak $200,000 dikenakan untuk misi ‘air drop’ rawak, manakala $400,000 dikenakan bagi misi yang disasarkan walaupun setiap pesawat hanya membawa muatan yang bersamaan dengan kurang separuh daripada satu trak bantuan.

Sumber turut memberitahu bahawa Jordan telah memperluaskan infrastruktur logistiknya susulan peningkatan pendapatan daripada operasi bantuan ini.

Menurut sumber MEE, kerajaan Jordan baru-baru ini memperoleh 200 trak bantuan baharu melalui geran asing dan sedang membina depot penyimpanan yang lebih besar dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebagai persediaan untuk peningkatan penghantaran bantuan di bawah perjanjian antarabangsa yang baharu.

Middle East Eye telah meminta komen daripada Kementerian Luar Negeri Jordan, Angkatan Tentera Jordan dan JHCO, namun tidak menerima sebarang maklum balas sehingga waktu penerbitan. -The Merdeka Times

Author