Connect with us

Antarabangsa

24 guru Uyghur dipenjara lebih 8 tahun oleh pihak berkuasa China tanpa sebab

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pihak berkuasa China
  • Lebih daripada 24 guru Uyghur di sebuah kolej di Xinjiang telah ditangkap oleh pihak berkuasa China pada tahun 2017 dan kini masih menjalani hukuman penjara.
  • Penangkapan mereka lapan tahun lalu berlaku ketika pihak berkuasa di wilayah barat laut mula menahan secara besar-besaran golongan intelektual, pendidik, usahawan dan tokoh budaya Uyghur dan memenjarakan mereka di kem “pendidikan semula” untuk menyekat apa yang dikatakan oleh China sebagai keganasan dan ekstremisme agama.

XINJIANG — Lebih daripada 24 guru Uyghur di sebuah kolej di Xinjiang telah ditangkap oleh pihak berkuasa China pada tahun 2017 dan kini masih menjalani hukuman penjara.

Perkara itu dilaporkan Radio Free Asia (RFA) selepas mendapat pengesahan daripada pegawai di sekolah tersebut.

Penangkapan mereka lapan tahun lalu berlaku ketika pihak berkuasa di wilayah barat laut mula menahan secara besar-besaran golongan intelektual, pendidik, usahawan dan tokoh budaya Uyghur dan memenjarakan mereka di kem “pendidikan semula” untuk menyekat apa yang dikatakan oleh China sebagai keganasan dan ekstremisme agama.

Minggu lalu, RFA Uyghur melaporkan bahawa sejarawan terkenal Ghojaniyaz Yollugh Tekin, 59, yang mengajar di Institut Pendidikan Aksu di bandar Aksu, telah ditangkap pada tahun 2017 dan dijatuhi hukuman penjara 17 tahun pada penghujung 2018 kerana penyelidikan, penulisan dan pandangannya bahawa Uyghur adalah sebahagian daripada dunia Turkic, bukan Cina.

Siasatan lanjut RFA turut mendapati bahawa pihak berkuasa juga telah menangkap dan menahan 25 lagi pendidik dari sekolah yang sama pada tahun 2017.

RFA bagaimanapun tidak punya maklumat sebab penangkapan dan tempoh hukuman penjara mereka.

Ditubuhkan pada tahun 1985, kolej tersebut kini mempunyai kira-kira 220 kakitangan dimana lebih separuh daripadanya adalah etnik Uyghur dengan 3,000 pelajar.

Seorang pegawai polis yang bekerja di institut tersebut memberitahu RFA bahawa 26 guru kebanyakannya lelaki telah ditangkap dan kini menjalani hukuman penjara.

Mereka yang ditangkap pada mulanya dibawa ke Penjara Aksu, tetapi kemudian dipindahkan ke pusat tahanan yang dikendalikan oleh Bingtuan di ibu pejabatnya di Shihezi di utara Xinjiang, kata pegawai polis tersebut. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *