Connect with us

Terkini

Pegawai farmasi tegur media lapor tidak tepat dakwa vaksin COVID-19 punyai kesan sampingan berbahaya

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pegawai farmasi, Dr Fahmi Hassan
  • Seorang pegawai farmasi menafikan dakwaan bahawa vaksin COVID-19 mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, seperti disensasikan beberapa laporan media baru-baru ini dengan memetik kajian saintifik pakar imunologi dari Universiti Yale, Dr Akiko Iwasaki.
  • Menurut Dr Fahmi Hassan, tajuk utama yang dicanang majoriti media seperti “Kajian Saintifik Membuktikan Vaksin COVID-19 Mempunyai Kesan Sampingan Berbahaya”, adalah jauh berbeza daripada apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji.
  • Antara ulasan Dr Fahmi selepas membaca kertas kajian itu adalah ia belum menjalani proses ‘peer review’ (belum disemak pakar lain atau rakan sebidang untuk menilai ketepatan dan kebolehpercayaannya sebelum diterbitkan secara rasmi), sebaliknya ia kertas ‘pre-print’ (kertas kajian awal) yang bertujuan mendapatkan kritikan awal daripada pengkaji lain.
  • Kajian itu bukan mengkaji di antara orang yang divaksin dengan tidak divaksin, sebaliknya ia mengkaji orang yang tidak mendapat kesan sampingan jangka panjang setelah divaksin vs orang yang mendapat kesan jangka panjang setelah divaksin.
  • Apa yang sebenarnya ingin disampaikan kertas kajian itu adalah vaksin Covid-19 berkesan tetapi mempunyai kesan sampingan dan kesan sampingan serius sangat jarang berlaku selain terdapat perbezaan dalam respon sistem imun mereka yang menerima bilangan vaksin berlainan, tetapi ia mungkin dipengaruhi faktor lain.

KUALA LUMPUR — Seorang pegawai farmasi menafikan dakwaan bahawa vaksin COVID-19 mempunyai kesan sampingan yang berbahaya, seperti disensasikan beberapa laporan media baru-baru ini dengan memetik kajian saintifik pakar imunologi dari Universiti Yale, Dr Akiko Iwasaki.

Menurut Dr Fahmi Hassan, tajuk utama yang dicanang majoriti media seperti “Kajian Saintifik Membuktikan Vaksin COVID-19 Mempunyai Kesan Sampingan Berbahaya”, adalah jauh berbeza daripada apa yang ingin disampaikan oleh pengkaji.

Antara ulasan Dr Fahmi selepas membaca kertas kajian itu adalah ia belum menjalani proses ‘peer review’ (belum disemak pakar lain atau rakan sebidang untuk menilai ketepatan dan kebolehpercayaannya sebelum diterbitkan secara rasmi), sebaliknya ia kertas ‘pre-print’ (kertas kajian awal) yang bertujuan mendapatkan kritikan awal daripada pengkaji lain.

Beliau berkata kajian itu bukan mengkaji di antara orang yang divaksin dengan tidak divaksin, sebaliknya ia mengkaji orang yang tidak mendapat kesan sampingan jangka panjang setelah divaksin vs orang yang mendapat kesan jangka panjang setelah divaksin.

“Terma Post Vaccination Syndrom (PVS) yang digunakan sebenarnya tidak disepakati dalam perubatan kerana simptomnya tidak dapat dibezakan dengan long Covid.

“Jumlah sampel dalam kajian adalah sangat kecil iaitu 42 orang sampel PVS, 22 orang sampel tanpa PVS.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook Fahmi Hassan.

“Bias paling besar dalam kajian adalah kesukaran untuk memastikan tiada pengaruh jangkitan Covid-19 ke atas respon sistem imun badan dalam kedua-dua kumpulan sampel kerana terdapat kemungkinan sampel dijangkiti Covid-19 dan respon badan adalah disebabkan jangkitan. Ini adalah masalah paling besar dalam kajian ini.

“Pengkaji menyatakan kesan sampingan yang serius akibat vaksin Covid-19 adalah sangat jarang berlaku. Ini selari dengan dapatan sedia ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

Baru-baru ini terdapat beberapa media tempatan melaporkan bahawa pakar dari Universiti Yale didakwa menemui satu sindrom membimbangkan dikaitkan dengan vaksin mRNA Covid yang dihasilkan Moderna dan Pfizer.

Keadaan yang sebelum ini tidak diketahui dikenali sebagai ‘sindrom pasca vaksinasi’ – nampaknya menyebabkan masalah seperti kabut otak, pening, telinga berdesing dan intoleransi terhadap senaman.

Beberapa penghidap juga menunjukkan perubahan biologi yang ketara, termasuk perbezaan dalam sel imun dan kehadiran protein koronavirus dalam darah mereka walaupun selepas beberapa tahun menerima suntikan vaksin. Keadaan itu juga kelihatan mencetuskan semula virus dorman dalam tubuh dikenali Epstein-Barr, yang boleh menyebabkan simptom seperti selesema, pembengkakan nodus limfa dan masalah saraf.

Mengulas lanjut, Dr Fahmi berkata apa yang sebenarnya ingin disampaikan kertas kajian itu adalah vaksin Covid-19 berkesan tetapi mempunyai kesan sampingan dan kesan sampingan serius sangat jarang berlaku selain terdapat perbezaan dalam respon sistem imun mereka yang menerima bilangan vaksin berlainan, tetapi ia mungkin dipengaruhi faktor lain.

Katanya, kertas kajian itu juga mengatakan bahawa kajian lanjut diperlukan bagi mengesahkan perkara itu dan menambah baik keselamatan vaksin.

“Tapi saya percaya, ramai orang akan abaikan penjelasan ini kerana ia membosankan… Lebih mudah untuk percaya headline sensasi media kerana ia mudah difahami dan seronok untuk ditularkan.

“…Setiap kali kajian saintifik disensasikan oleh media, ia kerap mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat… Media gemar ambil rumusan separuh masak dan kontroversi bagi menjual berita dan cerita mereka,” kata Dr Fahmi.— The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *