Connect with us

Antarabangsa

Lelaki AS tembak pelancong Israel sangka warga Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Polis mendakwa Mordechai Brafman mengakui bahawa ketika memandu trak, dia ternampak dua warga Palestin lalu menembak mereka hingga mati.
  • “Boom, boom, boom dan dia tiba-tiba mula menembak secara rambang, dia menurunkan tingkap dari tempat duduk pemandu dan terus melepaskan tembakan,” jelas Revay.
  • Bagaimanapun kedua-dua mangsa, bapa dan anak warga Israel yang sedang melawat Miami itu terselamat dalam insiden tersebut.
  • Kejadian ini berlaku selepas kumpulan hak asasi memberi amaran mengenai peningkatan serangan bermotifkan kebencian terhadap umat Islam dan Yahudi sejak perang di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023, termasuk beberapa serangan ganas terhadap warga Palestin-Amerika.

FLORIDA –Seorang lelaki didakwa atas cubaan membunuh selepas menembak dua pelancong Israel yang disangka warga Palestin di Florida, Amerika Syarikat.

Menurut pihak polis, lelaki yang dikenali sebagai  Mordechai Brafman, 27, telah didakwa pada Ahad dengan dua pertuduhan cubaan membunuh dan ditahan sebaik selepas kejadian tembakan di Miami Beach pada malam sebelumnya.

Dalam laporan tangkapan, polis mendakwa bahawa Brafman mengakui bahawa ketika memandu trak, dia ternampak dua warga Palestin lalu menembak mereka hingga mati.

Bagaimanapun kedua-dua mangsa, bapa dan anak warga Israel yang sedang melawat Miami itu terselamat dalam insiden tersebut.

Salah seorang mangsa mengalami kecederaan di bahu, manakala seorang lagi cedera di lengan bawah, menurut laporan media tempatan.

Dalam wawancara bersama WPLG Local 10, salah seorang mangsa, yang dikenali sebagai Ari Revay, berkata penyerang melepaskan tembakan ke arah dirinya dan bapanya dari sebuah trak yang sedang bergerak.

“Boom, boom, boom dan dia tiba-tiba mula menembak secara rambang,” kata Revay.

“Dia menurunkan tingkap dari tempat duduk pemandu dan terus melepaskan tembakan,” tambahnya.

Kejadian ini berlaku selepas kumpulan hak asasi memberi amaran mengenai peningkatan serangan bermotifkan kebencian terhadap umat Islam dan Yahudi sejak perang di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023, termasuk beberapa serangan ganas terhadap warga Palestin-Amerika.-The Merdeka Times

Author