Connect with us

Antarabangsa

Israel haramkan sambutan ‘Pride Month’

Satu petisyen difailkan ke Mahkamah Tinggi Israel sebaik sambutan “Pride Month” di Mitzpa Ramon dihalang pihak polis untuk diadakan seperti biasa di kawasan sepatutnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel haramkan Pride Month
Tindakan protes oleh rakyat Israel
  • Mahkamah Tinggi Israel mengharamkan sambutan ‘Pride Month’.
  • Ia dianggap satu ancaman dari sudut keselamatan penduduk kota tersebut.
  • Mahkamah Tinggi Israel bagaimanapun membenarkan protes anti-LGBT dilakukan.
  • “Jika ternampak golongan songsang di tempat kerja, katakan ‘gays, go home!'” – Rabbi Tzvi Kustiner.
  • Hubungan songsang adalah sesuatu yang dilarang dalam agama Yahudi.

Satu petisyen difailkan ke Mahkamah Tinggi Israel sebaik sambutan “Pride Month” di Mitzpa Ramon dihalang pihak polis untuk diadakan seperti biasa di kawasan sepatutnya. Manakala, satu gerakan protes yang menentang sambutan LGBT tersebut, diluluskan bagi dijalankan di kawasan yang sama, menurut satu laporan media Israel.

Tujuan halangan tersebut dibuat pihak polis adalah bagi mengelakkan sebarang perkara yang boleh menjadi ancaman keselamatan terhadap penduduk kawasan itu. Di sebalik kekecohan ini, penuntut “Hesder Yeshiva” iaitu ajaran berkaitan Rabbi, mahu menganjurkan satu demonstrasi menentang sambutan LGBT dan mendapat kebenaran untuk mengadakannya betul-betul di tempat yang sepatutnya sambutan “pride month” diadakan, menurut laporan Ynet.

LGBT di Israel

Foto: Sebastian Scheiner

Demonstrasi tersebut mendapat tentangan komuniti LGBT yang membangkitkan hujah-hujah seperti “hak asasi manusia bagai dipijak-pijak di negara Israel”.

“Hari ini, komuniti LGBT telah ditakluki. Besok dan hari-hari mendatang, bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada kaum-kaum sekular Israel ini,” kata penganjur protes anti-LGBT itu.

Latar belakang
Kejadian ini berlaku sebulan selepas Ketua Yeshiva tempatan, Rabbi Tzvi Kustiner, berkongsikan kenyataan berkenaan penolakan Yahudi terhadap golongan songsang. “Gays, go home!” adalah antara ayat yang dapat kita dengar dari video yang tular pada bulan lepas.

“Tentang mereka habis-habisan. Ini merupakan tanggungjawab kita tak kira di manapun kita berada untuk tidak malu dengan kepercayaan kita. Dengan izin Tuhan, segala malapetaka dan kerajaan gila ini bakal ditumpaskan,” tambah Ketua Yeshiva yang turut bersama-sama beberapa pelajar menyahut “Amen,” seperti di dalam video tersebut. Kustiner merupakan salah seorang ahli “Noam Party” iaitu sebuah parti politik keagamaan yang diketuai MK Avi Maoz. Turut bersekutu rapat bersama Rabbi Zvi Yisrael Tau, Ketua Yeshivat Har Hamor.

(Sumber: The Jerusalem Post)
https://www.jpost.com/israel-news/article-710469

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *