Connect with us

Terkini

Pengislaman kanak-kanak bawah umur perlu ditangani secara bijaksana, pastikan hak semua pihak dipelihara – Peguam

Keperluan mematuhi prinsip undang-undang dan menghormati hak semua pihak adalah penting dalam menghadapi isu pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun dan isu pendidikan agama bagi kelompok itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Peguam, Mahmud Jumaat.
  • Keperluan mematuhi prinsip undang-undang dan menghormati hak semua pihak adalah penting dalam menghadapi isu pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun dan isu pendidikan agama bagi kelompok itu.
  • Peguam, Mahmud Jumaat berkata perdebatan mengenai pengislaman di bawah umur harus ditangani dengan bijaksana dan memastikan hak kanak-kanak dan kedudukan ibu bapa dipelihara. 
  • “Pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun sering kali berdepan dengan isu perundangan, terutamanya apabila melibatkan keputusan sebelah pihak. 
  • “Kes Indira Gandhi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors [2018] 3 CLJ 145 menegaskan pengislaman secara unilateral tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah tidak sah. 
  • “Dalam kes terkini yang lain juga, MAIPS (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) telah memohon untuk mengubah perintah perceraian Loh Siew Hong, dengan tujuan memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak dan membawa anak bongsu ke masjid setiap Jumaat. 
  • “Namun, tindakan ini muncul setelah bapa anak-anak tersebut secara unilateral mengislamkan mereka tanpa persetujuan ibunya pada 2020. Mahkamah, dalam kes sebelumnya, telah memutuskan pengislaman tersebut adalah tidak sah, dan keizinan bagi kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum sebarang sijil pengislaman dikeluarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Jumaat.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dari sudut perundangan, apakah mengislamkan seseorang individu bawah 18 tahun itu satu kesalahan jenayah dan adakah mengajar kelompok lingkungan umur tersebut tentang solat dan sebagainya juga menjadi satu kesalahan.

KUALA LUMPUR — Keperluan mematuhi prinsip undang-undang dan menghormati hak semua pihak adalah penting dalam menghadapi isu pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun dan isu pendidikan agama bagi kelompok itu.

Peguam, Mahmud Jumaat berkata perdebatan mengenai pengislaman di bawah umur harus ditangani dengan bijaksana dan memastikan hak kanak-kanak dan kedudukan ibu bapa dipelihara. 

Katanya, dengan memahami konteks perundangan itu, keseimbangan lebih baik dapat dicapai antara kebebasan beragama dan perlindungan hak individu dalam masyarakat majmuk.

“Pengislaman kanak-kanak di bawah 18 tahun sering kali berdepan dengan isu perundangan, terutamanya apabila melibatkan keputusan sebelah pihak. 

“Kes Indira Gandhi Mutho v. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak & Ors [2018] 3 CLJ 145 menegaskan pengislaman secara unilateral tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa adalah tidak sah. 

“Dalam kes terkini yang lain juga, MAIPS (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis) telah memohon untuk mengubah perintah perceraian Loh Siew Hong, dengan tujuan memberikan pendidikan Islam kepada anak-anak dan membawa anak bongsu ke masjid setiap Jumaat. 

“Namun, tindakan ini muncul setelah bapa anak-anak tersebut secara unilateral mengislamkan mereka tanpa persetujuan ibunya pada 2020. Mahkamah, dalam kes sebelumnya, telah memutuskan pengislaman tersebut adalah tidak sah, dan keizinan bagi kedua-dua ibu bapa diperlukan sebelum sebarang sijil pengislaman dikeluarkan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dari sudut perundangan, apakah mengislamkan seseorang individu bawah 18 tahun itu satu kesalahan jenayah dan adakah mengajar kelompok lingkungan umur tersebut tentang solat dan sebagainya juga menjadi satu kesalahan.

Mengulas lanjut, Mahmud berkata isu dibentangkan di hadapan mahkamah kini bukan sekadar tentang sama ada pengislaman itu adalah tidak sah, tetapi juga sama ada MAIPS mempunyai alasan kukuh untuk mengubah perintah sedia ada. 

Beliau berkata dalam situasi itu adalah penting untuk mempertimbangkan kebajikan kanak-kanak yang berada di bawah jagaan ibu mereka dan telah diberikan hak penjagaan secara eksklusif. 

The Merdeka Times sebelum ini turut mendapatkan pandangan Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dari sudut pandang Islam apakah seorang kanak-kanak bukan Muslim boleh diislamkan tanpa pengetahuan atau kebenaran ibu bapa.

Mufti Sabah berkata pengislaman kanak-kanak terbabit dari segi Islam sememangnya dibolehkan kerana apabila dia sudah baligh, maka dia boleh memilih agama yang ingin dianuti.

Dalam pada itu, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mohd Khairul Naim Che Nordin berkata terdapat khilaf dalam aspek sah pengislaman kanak-kanak, namun jumhur (pendapat majoriti ulama) memperakui keislaman mereka. — The Mereka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *