Antarabangsa
Pemimpin Hindu secara terbuka seru keganasan ke atas penganut Islam di Uttarakhand, India
Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.
- Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.
- Menurut laporan Newslaundry, penceramah utamanya, Yati Ramswaroopanand Giri memberi ucapan memecahbelahkan dan dengan berani mencetuskan provokasi menggesa orang Hindu melengkapkan diri mereka dengan senjata demi “melindungi wanita dalam keluarga mereka”.
- “Setiap orang yang membaca dan mempercayai al-Quran akan menjadi pengganas,” katanya dipetik laporan badan hak asasi manusia Citizens for Justice and Peace (CJP).
- Ramswaroopanand dilihat berulang kali terlibat dalam ucapan berunsur hasutan menggunakan acara itu untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian, sambil membuat tuduhan palsu dan kejam tentang orang Islam, termasuk rekaan cerita mengenai keganasan terhadap wanita di Bangladesh.
- Dia turut mengumumkan bahawa “Vishwa Dharma Sansad” (upacara Hindu) pada Disember akan datang akan dibincangkan cara menjadikan Uttarakhand “Islam-mukt” (bebas dari Islam).
Sekumpulan pemimpin agama Hindu di pentas Kelab Akhbar Dehradun pada 10 September lalu di Uttarakhand, India, mengeluarkan kenyataan provokatif secara terbuka menyeru keganasan terhadap orang Islam.
Menurut laporan Newslaundry, penceramah utamanya, Yati Ramswaroopanand Giri memberi ucapan memecahbelahkan dan dengan berani mencetuskan provokasi menggesa orang Hindu melengkapkan diri mereka dengan senjata demi “melindungi wanita dalam keluarga mereka”.
“Setiap orang yang membaca dan mempercayai al-Quran akan menjadi pengganas,” katanya dipetik laporan badan hak asasi manusia Citizens for Justice and Peace (CJP).
Ramswaroopanand dilihat berulang kali terlibat dalam ucapan berunsur hasutan menggunakan acara itu untuk menimbulkan ketakutan dan kebencian, sambil membuat tuduhan palsu dan kejam tentang orang Islam, termasuk rekaan cerita mengenai keganasan terhadap wanita di Bangladesh.
Dia turut mengumumkan bahawa “Vishwa Dharma Sansad” (upacara Hindu) pada Disember akan datang akan dibincangkan cara menjadikan Uttarakhand “Islam-mukt” (bebas dari Islam).
Walaupun kenyataan itu amat serius, ramai wartawan hadir tidak mencabar pemuka agama itu secara langsung.
Beberapa orang menyoal mengapa beliau tidak membicarakan isu mendesak lain seperti isu pengangguran, tetapi Ramswaroopanand membalas dengan perlian menuduh orang Hindu “lemah” berdepan dengan populasi Muslim yang semakin meningkat – satu dakwaan tidak berasas bertujuan menimbulkan ketakutan masyarakat setempat. – The Merdeka Times