Connect with us

Terkini

Beri DBP kuasa perundangan martabatkan bahasa Melayu

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Memetik Pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) Uthaya Sankar SB, BERNAMA melaporkan selaku badan berkanun, DBP hanya boleh menjalankan penguatkuasaan bagi memelihara identiti bahasa kebangsaan sekiranya ia diberi kuasa menerusi peruntukan undang-undang.
  • “Saya amat bersetuju dengan saranan itu, namun kita tidak wajar menyalahkan DBP kerana terdapat terlalu banyak kekangan dan hambatan yang terus menghalang DBP daripada menunjukkan taring dalam soal ini.
  • “Misalnya, pindaan Akta DBP bukan boleh dilakukan oleh DBP. Sebaliknya, perlu ada tekad politik dalam kalangan Ahli Parlimen dan Kabinet,” katanya pada Rabu.
  • Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan menyarankan supaya DBP diberikan lebih banyak kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang supaya tidak berlaku pertindihan dengan pihak lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

KUALA LUMPUR – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu diberi kuasa perundangan bagi mempertahankan identiti dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Memetik Pengasas Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) Uthaya Sankar SB, BERNAMA melaporkan selaku badan berkanun, DBP hanya boleh menjalankan penguatkuasaan bagi memelihara identiti bahasa kebangsaan sekiranya ia diberi kuasa menerusi peruntukan undang-undang.

“Saya amat bersetuju dengan saranan itu, namun kita tidak wajar menyalahkan DBP kerana terdapat terlalu banyak kekangan dan hambatan yang terus menghalang DBP daripada menunjukkan taring dalam soal ini.

“Misalnya, pindaan Akta DBP bukan boleh dilakukan oleh DBP. Sebaliknya, perlu ada tekad politik dalam kalangan Ahli Parlimen dan Kabinet,” katanya dipetik BERNAMA pada Rabu.

Uthaya berharap isu berkenaan mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pencinta dan pejuang bahasa dengan melakukan tekad politik memberi kuasa kepada DBP dan segera membawa usul meminda Akta DBP.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam dilaporkan menyarankan supaya DBP diberikan lebih banyak kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang supaya tidak berlaku pertindihan dengan pihak lain, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ismail Sabri berkata kali terakhir Akta DBP 1959 dipinda adalah pada 1995 yang mana hampir 30 tahun ia tidak dikemas kini dan diperkemaskan berdasarkan isu semasa.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu ketiga 2024, Dr Kamarazaman Yacob dilaporkan berkata Malaysia boleh kehilangan identiti jika kesalahan berkaitan penggunaan bahasa Melayu tidak dapat dikawal DBP. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *