Connect with us

Antarabangsa

Aset 100 juta baht sami terlibat skandal seks akan disita, dirampas

Pejabat Buddha Kebangsaan merancang untuk merampas aset bernilai lebih 100 juta baht daripada bekas sami terlibat dalam kes skandal seks berkumpulan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pejabat Buddha Kebangsaan merancang untuk merampas aset bernilai lebih 100 juta baht daripada bekas sami terlibat dalam kes skandal seks berkumpulan.
  • Thaiger pada 12 Jun lalu melaporkan mengenai sepasang suami isteri dari Thailand mendakwa sami dikenali sebagai Phra Ajarn O memanipulasi mereka dan pengikut lain dalam aktiviti hubungan seks berkumpulan.
  • Sami itu didakwa menipu mereka untuk melakukan aktiviti seksual dengan dakwaan ia akan memberinya tenaga untuk hidup dan membebaskan peserta daripada segala derita.
  • Pasangan itu meminta bantuan daripada organisasi bukan keuntungan Saimai Survive kerana mengalami masalah kesihatan mental dan bimbang sami tersebut akan memeras ugut mereka dengan video dan gambar lucah.
  • Phra Ajarn O kemudiannya meninggalkan cara hidup sami dan menutup biaranya di wilayah utara Phetchabun, tidak mengaku bersalah dan berjanji untuk memperjuangkan keadilan.

Pejabat Buddha Kebangsaan merancang untuk merampas aset bernilai lebih 100 juta baht daripada bekas sami terlibat dalam kes skandal seks berkumpulan.

Thaiger pada 12 Jun lalu melaporkan mengenai sepasang suami isteri dari Thailand mendakwa sami yang dikenali sebagai Phra Ajarn O memanipulasi mereka dan pengikut lain dalam aktiviti hubungan seks berkumpulan.

Sami itu didakwa menipu mereka untuk melakukan aktiviti seksual dengan dakwaan ia akan memberinya tenaga untuk hidup dan membebaskan peserta daripada segala derita.

Pasangan itu meminta bantuan daripada organisasi bukan keuntungan Saimai Survive kerana mengalami masalah kesihatan mental dan bimbang sami tersebut akan memeras ugut mereka dengan video dan gambar lucah.

Phra Ajarn O kemudiannya meninggalkan cara hidup sami dan menutup biaranya di wilayah utara Phetchabun, tidak mengaku bersalah dan berjanji untuk memperjuangkan keadilan.

Pengasas Saimai Survive, Ekkaphop Luaengprasert melaporkan kepada Channel 7 bahawa beliau telah menyerahkan isu itu kepada Pejabat Buddha Kebangsaan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ekkaphop, pihak berkuasa merancang untuk merampas aset bekas sami itu sementara siasatan sedang dijalankan. 

Aset-aset tersebut dianggarkan bernilai lebih 100 juta baht, diperoleh melalui penjualan pelbagai azimat dan tangkal oleh sami itu dan pengikutnya.

Ekkaphop memberitahu lebih ramai lelaki dan wanita telah menghubungi Saimai Survive dan mendakwa mereka menjadi mangsa kepada bekas sami ini.

Ekkaphop menjangkakan bekas sami itu akan didakwa di bawah Seksyen 276 Undang-undang Jenayah: Rogol Berkumpulan. 

Hukuman bagi kesalahan itu adalah penjara antara 15 hingga 20 tahun, penjara seumur hidup atau denda antara 300,000 hingga 400,000 baht. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *