Connect with us

Terkini

AEON Mall, tarik balik jualan beg Cocomelon papar ‘rainbow gay pride flag’!

AEON Mall Tebrau City, Johor didesak menarik semula jualan beg animasi kartun kanak-kanak, Cocomelon yang didakwa memaparkan imej ‘rainbow gay pride flag’.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: AEON Mall Tebrau City, Johor didesak menarik semula jualan beg animasi kartun kanak-kanak, Cocomelon yang didakwa memaparkan imej 'rainbow gay pride flag'.
  • Desakan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas dimaklumkan berkenaan penjualan produk terbaru tersebut oleh pengikutnya yang menjumpainya di AEON Mall Tebrau City.
  • AEON Mall Tebrau City dilihat menafikan hubung kait produk itu dengan LGBT, sebaliknya mengatakan ia hanyalah satu reka bentuk.
  • “Jelas-jelas warna ‘pelangi’ dalam beg itu ada 6 sahaja. Walhal pelangi sebenar ada tujuh warna. Enam warna itu merupakan ‘rainbow gay pride flag’ dan diterima pakai kelompok LGBTQIA+ di seluruh dunia.
  • “FYI, Cocomelon pernah viral sebelum ini setelah meng’grooming’ kanak-kanak melalui videonya. Apa ke jadah bapa dan bapa menggalakkan kanak-kanak lelaki memakai skirt dan crown?
  • “Dan satu lagi, kalian tahu kan bulan Jun ni diiktiraf sebagai Pride Month bagi kelompok berkenaan? Kebetulan sangat kan?,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

KUALA LUMPUR — AEON Mall Tebrau City, Johor didesak menarik semula jualan beg animasi kartun kanak-kanak, Cocomelon yang didakwa memaparkan imej ‘rainbow gay pride flag’.

Desakan itu dibuat Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas dimaklumkan berkenaan penjualan produk terbaru tersebut oleh pengikutnya yang menjumpai beg terbabit di AEON Mall Tebrau City.

Fairuz berkata pengikutnya telah menuntut penjelasan daripada pihak pusat beli belah terbabit berkenaan penjualan beg itu, namun jawapan diberikan adalah sangat naif.

Ini kerana AEON Mall Tebrau City dilihat menafikan hubung kait produk itu dengan LGBT, sebaliknya mengatakan ia hanyalah satu reka bentuk.

Foto: Tangkap layar perbualan pengikut Akhi Fairuz yang menemui beg itu bersama Aeon Mall Tebrau City.

“Jelas-jelas warna ‘pelangi’ dalam beg itu ada 6 sahaja. Walhal pelangi sebenar ada tujuh warna. Enam warna itu merupakan ‘rainbow gay pride flag’ dan diterima pakai kelompok LGBTQIA+ di seluruh dunia.

“FYI, Cocomelon pernah viral sebelum ini setelah meng’grooming’ kanak-kanak melalui videonya. Apa ke jadah bapa dan bapa menggalakkan kanak-kanak lelaki memakai skirt dan crown?

“Dan satu lagi, kalian tahu kan bulan Jun ni diiktiraf sebagai Pride Month bagi kelompok berkenaan? Kebetulan sangat kan?

“Oleh itu, saya mendesak pihak AEON Mall Tebrau City atau lain-lain mall menarik balik jualan produk ini!,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis dengan nota salinan kepada (CC) kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Foto: Gambar Nico kartun animasi Cocomelon yang keliru hendak buat pilihan antara crown dan topi dikongsikan Fairuz di FB.

Siri animasi Netflix, Cocomelon Lane yang diterbitkan untuk penonton berumur dua tahun ke atas itu sebelum ini dilaporkan dikecam kerana ‘menanam’ ideologi songsang LGBTQ terhadap kanak-kanak bawah umur.

S2J News melaporkan konservatif di Amerika Syarikat (AS) menentang komuniti songsang LGBTQ dan meluahkan kebimbangan tentang risiko yang dirasakan kanak-kanak ‘didandani’ dan dipengaruhi untuk mengenal pasti sebagai homoseksual atau transgender. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending