Terkini
‘Jumlah wang kecil tidak mampu beli senjata’, Tun Mahathir bidas AS mahu Malaysia henti bantu Hamas
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.
- Dr Mahathir berkata dengan jumlah wang sangat kecil ia tidak mencukupi untuk membeli senjata mencecah jutaan dolar, sebaliknya ia hanya mampu digunakan membeli makanan dan minuman.
- Negara sekutu Israel itu juga berkata bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya diberikan kepada Gaza dengan mendakwa ia mungkin membantu Hamas untuk terus hidup.
- Katanya, menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung sebenarnya adalah bagi memastikan mereka terselamat daripada serangan bom dan roket juga akan mati.
- “Perkara yang patut dilakukan menurut Amerika ialah bom dan roket dibekalkan kepada Israel. Ini boleh membunuh rakyat Palestin Gaza yang dikatakan melindungi Hamas.
- “It is collateral damage (kerosakan cagaran). Tidak mengapa, menurut Amerika,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
- Menurut laman web Oxford Learner’s Dictionaries, collateral damage atau kerosakan cagaran membawa maksud kematian atau kecederaan kepada orang awam (orang bukan dalam angkatan tentera) atau kerosakan pada bangunan tidak berkaitan dengan tentera semasa perang.
KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Amerika Syarikat (AS) yang mahu Malaysia berhenti menghantar bantuan kemanusiaan kepada Hamas.
Dr Mahathir berkata dengan jumlah wang sangat kecil ia tidak mencukupi untuk membeli senjata mencecah jutaan dolar, sebaliknya ia hanya mampu digunakan membeli makanan dan minuman.
Katanya, negara sekutu Israel itu juga berkata bantuan kemanusiaan tidak sepatutnya diberikan kepada Gaza dengan mendakwa ia mungkin membantu Hamas untuk terus hidup.
Katanya, menghentikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang terkepung sebenarnya adalah bagi memastikan mereka terselamat daripada serangan bom dan roket juga akan mati.
“Perkara yang patut dilakukan menurut Amerika ialah bom dan roket dibekalkan kepada Israel. Ini boleh membunuh rakyat Palestin Gaza yang dikatakan melindungi Hamas.
“Mungkin tiada Hamas (terkorban). Hanya wanita, kanak-kanak dan bayi Palestin Gaza akan dibunuh.
“It is collateral damage (kerosakan cagaran). Tidak mengapa, menurut Amerika,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Isnin.
Menurut laman web Oxford Learner’s Dictionaries, collateral damage atau kerosakan cagaran membawa maksud kematian atau kecederaan kepada orang awam (orang bukan dalam angkatan tentera) atau kerosakan pada bangunan tidak berkaitan dengan tentera semasa perang.
Ia digunakan untuk mengelak daripada mengatakan ‘orang tidak bersalah dibunuh’.
Terdahulu, Washington dilaporkan sedang berusaha menghalang Malaysia daripada menjadi tempat untuk Hamas mengumpul dana dan memindahkan wang, kata Pegawai kanan Jabatan Perbendaharaan AS.
Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS untuk terorisme dan risikan kewangan, Brian Nelson berkata Washington melihat kapasiti Iran memindahkan minyak bergantung pada penyedia perkhidmatan yang berpangkalan di Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2023 dilaporkan mendedahkan Malaysia menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan AS kerana keengganan negara menganggap Hamas sebagai kumpulan pengganas.
Anwar berkata dua notis dipanggil demarche itu diterima Kementerian Luar pada 13 dan 30 Oktober tahun sama, manakala satu notis lagi tidak dinyatakan tarikhnya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/