Connect with us

Terkini

UM diarah siasat, sedia laporan segera penceramah pro-Israel Bruce Gilley

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Malaya (UM) supaya menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berhubung isu seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat sebagaimana tular di media sosial.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Zambry Abd Kadir (kiri) dan Profesor dari Universiti Negeri Portland, Profesor Bruce Gilley (kanan).
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Malaya (UM) supaya menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berhubung isu seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat sebagaimana tular di media sosial.
  • Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu itu.
  • “Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
  • Semalam, Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland memuat naik gambar dirinya berucap di sebuah program dengan rostrum tertera jelas nama dan lambang UM di platform X dengan ciapan kontroversi hingga mengundang kritikan netizen, bagaimanapun ciapan itu sudah dipadam.
  • “Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi pemain serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat.” Daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia,” ciap Gilley.

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Malaya (UM) supaya menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berhubung isu seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat sebagaimana tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pihak kementerian mengambil maklum dan memandang serius berhubung isu itu.

“Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera. 

“Saya turut meminta Universiti Malaya (UM) untuk menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Zambry mengingatkan setiap agensi dan institusi di bawah KPT supaya peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program dianjurkan. 

Katanya, setiap keputusan diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

“Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Semalam, Profesor Bruce Gilley dari Universiti Negeri Portland memuat naik gambar dirinya berucap di sebuah program dengan rostrum tertera jelas nama dan lambang UM di platform X dengan ciapan kontroversi hingga mengundang kritikan netizen, bagaimanapun ciapan itu sudah dipadam.

A country whose political leaders advocate a second Holocaust againts the Jewish people will never be a serious player in world affair, and will certainly never be a friend or partner of the United States.” From my keynote address yesterday in KL on Malaysia foreign policy. (Negara yang pemimpin politiknya menganjurkan Holocaust kedua terhadap orang Yahudi tidak akan pernah menjadi pemain serius dalam urusan dunia, dan pastinya tidak akan pernah menjadi rakan atau rakan kongsi Amerika Syarikat.” Daripada ucaptama saya semalam di KL mengenai dasar luar Malaysia),” ciap Gilley. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *