Antarabangsa
(VIDEO) LGBTQ+ lebih bahaya daripada ISIS, Hizbullah dan Hamas – Ahli Parlimen Israel
Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.

- Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.
- Yitzhak Pindrus, Ahli Knesset (Parlimen Israel) dari pakatan politik United Torah Judaism merupakan sebahagian daripada kerajaan sayap kanan Israel ketika ini, lapor The New Arab.
- Pindrus memberitahu Channel 12 bahawa komuniti LGBTQ+ adalah “perkara paling berbahaya bagi negara Israel – lebih (bahaya) daripada ISIS, lebih (bahaya) daripada Hizbullah, lebih (bahaya) daripada Hamas”.
- “Jika ia terpulang kepada saya, saya akan menghalang bukan sahaja perarakan Pride tetapi juga seluruh pergerakannya,” kata Pindrus beberapa minggu selepas berlakunya perarakan Pride di Baitulmaqdis dan Tel Aviv pada tahun lalu.
Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.
Yitzhak Pindrus, Ahli Knesset (Parlimen Israel) dari pakatan politik United Torah Judaism merupakan sebahagian daripada kerajaan sayap kanan Israel ketika ini, lapor The New Arab.
Pindrus memberitahu Channel 12 bahawa komuniti LGBTQ+ adalah “perkara paling berbahaya bagi negara Israel – lebih (bahaya) daripada ISIS, lebih (bahaya) daripada Hizbullah, lebih (bahaya) daripada Hamas”.
“Jika ia terpulang kepada saya, saya akan menghalang bukan sahaja perarakan Pride tetapi juga seluruh pergerakannya,” kata Pindrus beberapa minggu selepas berlakunya perarakan Pride di Baitulmaqdis dan Tel Aviv pada tahun lalu.
Pindrus sebelum ini dilaporkan berkata kewujudan golongan LGBTQ+ adalah bertentangan dengan ajaran agama Yahudi.
Semasa menjadi Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis pada 2010, Pindrus meminta polis membenarkan “perarakan keldai” diadakan ketika perarakan Pride di bandar itu. – The Merdeka Times
View this post on Instagram
