Terkini
Tidak setuju pelantikan panel farmasi LZS terbuka kepada semua, Netizen mahu duit zakat ‘dikembalikan’ kepada Muslim
Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.
- Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.
- Seorang pengguna Instagram, @ridzuan_mdnoor berkata LZS sepatutnya berusaha memakmurkan ekonomi Islam dan bukannya menggunakan alasan tawaran itu dibuat secara terbuka kerana ingin memudahkan asnaf mendapatkan perkhidmatannya.
- “Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, LZS perlu berusaha memakmurkan ekonomi Islam bukan sekadar memudahkan asnaf sebagai alasan. Biar kitaran duit orang Islam masuk balik dalam poket orang Islam dan kembali ke zakat,” kata @ridzuan_mdnoor dalam ruangan komen video dimuat naik The Merdeka Times bertajuk, ‘LZS nafi tidak utamakan farmasi Muslim, pelantikan farmasi panel bantuan perubatan asnaf terbuka ikut syarat, kelayakan’.
- “Memanglah ikut syarat…tapi pihak LZS perlu usaha agar diutamakan klinik yang dimiliki Muslim sahaja, tu bukan duit kamu… duit pembayar zakat sepatutnya, duit tu kembali kepada kaum Muslim… ketawa non-Muslim duit yang dikumpul oleh Muslim jatuh ke tangan mereka..puak tu = israhell 2.0,” komen netizen, @kakashi_fadzil.
- LZS semalam dilaporkan menafikan dakwaan pihaknya tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.
- Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan terbuka kepada semua yang memenuhi syarat dan kelayakan ditetapkan LZS.
KUALA LUMPUR — Tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melaksanakan tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan secara terbuka kepada semua pihak yang memenuhi syarat dan kelayakan, tidak dipersetujui netizen di media sosial.
Pengguna Instagram, @ridzuan_mdnoor berkata LZS sepatutnya berusaha memakmurkan ekonomi Islam dan bukannya menggunakan alasan tawaran itu dibuat secara terbuka kerana ingin memudahkan asnaf mendapatkan perkhidmatannya.
“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, LZS perlu berusaha memakmurkan ekonomi Islam bukan sekadar memudahkan asnaf sebagai alasan. Biar kitaran duit orang Islam masuk balik dalam poket orang Islam dan kembali ke zakat.
“Cuba bayangkan jika 10 dari farmasi enam non-Muslim, empat Muslim… tetapi zakat still lembaga zakat still mengharapkan empat farmasi Muslim tersebut membayar zakat.
“Kita kehilangan enam syarikat berpeluang untuk membayar kembali zakat…,” kata @ridzuan_mdnoor dalam ruangan komen video dimuat naik The Merdeka Times bertajuk, ‘LZS nafi tidak utamakan farmasi Muslim, pelantikan farmasi panel bantuan perubatan asnaf terbuka ikut syarat, kelayakan’.
LZS semalam dilaporkan menafikan dakwaan pihaknya tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.
Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan berkata dakwaan itu tidak berasas kerana tawaran pelantikan farmasi atau syarikat pembekalan perubatan terbuka kepada semua yang memenuhi syarat dan kelayakan ditetapkan LZS.
Senada dengan @ridzuan_mdnoor, seorang lagi pengguna Instagram @kakashi_fadzil berkata LZS sepatutnya berusaha untuk mengutamakan klinik dimiliki kelompok Muslim kerana ia melibatkan penggunaan duit zakat.
Katanya, kelompok bukan Islam pasti ketawa apabila duit dikumpulkan Muslim akhirnya jatuh ke tangan mereka yang tidak mengeluarkan sebarang duit zakat.
“Memanglah ikut syarat…tapi pihak LZS perlu usaha agar diutamakan klinik yang dimiliki Muslim sahaja, tu bukan duit kamu… duit pembayar zakat sepatutnya, duit tu kembali kepada kaum Muslim… ketawa non-Muslim duit yang dikumpul oleh Muslim jatuh ke tangan mereka..puak tu = israhell 2.0,” komen @kakashi_fadzil.
Dalam posting video berbeza berhubung isu itu, netizen Muslim menegaskan duit zakat perlu dikembalikan kepada kelompok Muslim kerana sememangnya begitu kitaran sewajarnya berlaku.
Semalam The Merdeka Times melaporkan, siasatannya berhubung isu berkenaan sejak awal Januari lalu mendapati ada daerah di Selangor yang menunjukkan lebih separuh daripada farmasi yang dilantik sebagai panel atau vendor LZS bagi program itu adalah farmasi bukan Muslim.
Ia menimbulkan persoalan kerana program itu membabitkan penggunaan duit zakat dan seharusnya keutamaan diberikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat. — The Merdeka Times