Terkini
Rakyat Malaysia perlu serius boikot produk mesra Israel – GSPP
Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara.
- Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara.
- Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata GSPP akan meneruskan kempen itu sehingga syarikat berkaitan Israel mengubah pendirian atau menutup perniagaan mereka.
- “Kesukaran di dalam kempen ini (boikot produk mesra Israel) sudah mula dirasai dengan tindakan undang-undang yang mula dikenakan ke atas sesiapa yang berkempen dan ‘stamina’ masyarakat untuk terus boikot yang mula habis.
- “Juga polisi dan perjanjian dagang oleh pelbagai pihak termasuk antaranya pihak kerajaan sendiri yang menyukarkan kempen ini untuk terus memberikan impak. Perkara ini sudah dijangka dari awal dan kita memang ada rancangan untuk mengatasinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini.
- Beliau berkata masyarakat perlu dididik agar sanggup menanggung beban daripada kempen itu seperti beban meninggalkan kebiasaan, beban menanggung kerugian material, beban menjawab tohmahan sebagai ekstrimis dan beban diperlekehkan kerana kononnya kempen tersebut tidak mempunyai impak.
KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa mengambil serius kempen boikot produk ‘mesra’ rejim zionis Israel kerana kempen itu dilihat mampu memberi impak besar kepada beberapa syarikat seperti Starbuck dan Puma seperti berlaku di beberapa negara.
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata GSPP akan meneruskan kempen itu sehingga syarikat berkaitan Israel mengubah pendirian atau menutup perniagaan mereka.
Katanya, mengubah pendirian syarikat adalah pilihan yang lebih mudah dan tidak menyebabkan banyak kerugian.
“Kesukaran di dalam kempen ini (boikot produk mesra Israel) sudah mula dirasai dengan tindakan undang-undang yang mula dikenakan ke atas sesiapa yang berkempen dan ‘stamina’ masyarakat untuk terus boikot yang mula habis.
“Juga polisi dan perjanjian dagang oleh pelbagai pihak termasuk antaranya pihak kerajaan sendiri yang menyukarkan kempen ini untuk terus memberikan impak. Perkara ini sudah dijangka dari awal dan kita memang ada rancangan untuk mengatasinya,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini, hari ini.
Beliau berkata masyarakat perlu dididik agar sanggup menanggung beban daripada kempen itu seperti beban meninggalkan kebiasaan, beban menanggung kerugian material, beban menjawab tohmahan sebagai ekstrimis dan beban diperlekehkan kerana kononnya kempen tersebut tidak mempunyai impak.
Katanya, alternatif berkempen kepada masyarakat perlu disediakan bukan sahaja kepada produk, malah perkhidmatannya juga agar mereka tidak kembali menggunakan produk mesra Israel itu.
“Burger ada banyak jenama. Tiada masalah pada alternatif produk. Tetapi kedai makan burger yang selesa boleh dikira dengan jari. Menyediakan alternatif bukan hanya bermaksud menyediakan burger jenama lain tetapi yang lebih mencabar adalah menyediakan kedai makan burger yang selesa juga.
“Kita juga perlu cepat memberikan tekanan kepada kerajaan untuk tidak memberi laluan mudah kepada syarikat-syarikat dan produk mesra Israel ini. Kita tidak boleh mengehadkan boikot hanya kepada produk yang digunakan oleh masyarakat awam, tetapi juga kepada produk yang dilanggan oleh badan dan agensi besar termasuk kerajaan,” katanya.
Pengerusi GSPP itu berharap agar masyarakat mengambil serius kempen boikot ini kerana ia berkaitan dengan maruah dan harga diri setiap masyarakat.
“Lemah sangatkah kita sehingga tiada kekuatan untuk memulaukan produk mesra Israel sedangkan kita tahu bahawa Israel menjadi kuat dan masih bernyawa dengan setiap sen sumbangan syarikat tersebut kepada mereka?” kata Muhammad Fauzi. — The Merdeka Times