Antarabangsa
Gereja Methodist Britain nasihat elak guna istilah “suami” dan “isteri”
Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.

- Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.
- Menerusi panduan bahasa dikeluarkan pada Disember 2023 itu, beberapa perkataan lain dicadang sebagai alternatif antaranya “keluarga”, “pasangan” dan “penjaga”.
- “Sebagai penganut Kristian, kita perlu berani untuk mengikuti perbincangan yang kadang kala sukar, mengakui bahawa kita ada mengasingkan orang, mendengar dengan rendah hati, bertaubat daripada sebarang bahasa yang menyakitkan dan menjaga cara kita mendengar serta apa yang kita katakan atau tulis, dalam Roh Kristus,” kata panduan bahasa yang akan dikemaskini setiap enam bulan itu, dipetik The Christian Post pada 31 Disember lalu.
- “Ini bukan agama Kristian,” kata Father Calvin Robinson, mendakwa tindakan gereja itu berakar daripada teori kritikal.
- “Teori Kritikal adalah neo-Marxisme. Ia adalah ideologi komunis, bertentangan dengan keimanan Kristian. Adalah mustahil menjadi seorang komunis dan seorang Kristian. Seseorang itu harus membuat pilihan. Terima cara ideologi yang trendy ini tetapi toksik, atau terima perintah Tuhan,” kata paderi itu di platform X.
- Denominasi Kristian itu turut meluluskan resolusi pada 2021 yang merestui perkahwinan sejenis dan mengiktiraf pasangan bersekedudukan.
Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.
Menerusi panduan bahasa dikeluarkan pada Disember 2023 itu, beberapa perkataan lain dicadang sebagai alternatif antaranya “keluarga”, “pasangan” dan “penjaga”.
“Sebagai penganut Kristian, kita perlu berani untuk mengikuti perbincangan yang kadang kala sukar, mengakui bahawa kita ada mengasingkan orang, mendengar dengan rendah hati, bertaubat daripada sebarang bahasa yang menyakitkan dan menjaga cara kita mendengar serta apa yang kita katakan atau tulis, dalam Roh Kristus,” kata panduan bahasa yang akan dikemaskini setiap enam bulan itu, dipetik The Christian Post pada 31 Disember lalu.
Selain perkataan suami dan isteri, panduan bahasa gereja itu juga menasihati penganutnya untuk menghindari perkataan orang tua dan etnik bagi mengelakkan penggunaan bahasa yang negatif.
Ia turut tidak menggalakkan retorik anti-semitik dan Islamofobik selain menasihatkan pengikutnya mengelakkan penggunaan perkataan yang menggambarkan status imigresen (immigration status) atau tahap kemahiran bahasa Inggeris seseorang individu.
Tindakan Gereja Methodist itu bagaimanapun mendapat bantahan seorang paderi kerana ia bukan ajaran Kristian.
“Ini bukan agama Kristian,” kata Father Calvin Robinson, mendakwa tindakan gereja itu berakar daripada teori kritikal.
“Teori Kritikal adalah neo-Marxisme. Ia adalah ideologi komunis, bertentangan dengan keimanan Kristian. Adalah mustahil menjadi seorang komunis dan seorang Kristian. Seseorang itu harus membuat pilihan. Terima cara ideologi yang trendy ini tetapi toksik, atau terima perintah Tuhan,” kata paderi itu di platform X.
Denominasi Kristian itu turut meluluskan resolusi pada 2021 yang merestui perkahwinan sejenis dan mengiktiraf pasangan bersekedudukan. – The Merdeka Times
