Connect with us

Antarabangsa

Gereja Methodist Britain nasihat elak guna istilah “suami” dan “isteri”

Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.

Wartawan TMT

Published

on

Gereja Methodist Britain nasihat elak guna istilah “suami” dan “isteri”
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.
  • Menerusi panduan bahasa dikeluarkan pada Disember 2023 itu, beberapa perkataan lain dicadang sebagai alternatif antaranya “keluarga”, “pasangan” dan “penjaga”.
  • “Sebagai penganut Kristian, kita perlu berani untuk mengikuti perbincangan yang kadang kala sukar, mengakui bahawa kita ada mengasingkan orang, mendengar dengan rendah hati, bertaubat daripada sebarang bahasa yang menyakitkan dan menjaga cara kita mendengar serta apa yang kita katakan atau tulis, dalam Roh Kristus,” kata panduan bahasa yang akan dikemaskini setiap enam bulan itu, dipetik The Christian Post pada 31 Disember lalu.
  • “Ini bukan agama Kristian,” kata Father Calvin Robinson, mendakwa tindakan gereja itu berakar daripada teori kritikal.
  • “Teori Kritikal adalah neo-Marxisme. Ia adalah ideologi komunis, bertentangan dengan keimanan Kristian. Adalah mustahil menjadi seorang komunis dan seorang Kristian. Seseorang itu harus membuat pilihan. Terima cara ideologi yang trendy ini tetapi toksik, atau terima perintah  Tuhan,” kata paderi itu di platform X.
  • Denominasi Kristian itu turut meluluskan resolusi pada 2021 yang merestui perkahwinan sejenis dan mengiktiraf pasangan bersekedudukan.

Gereja Methodist di Great Britain mengeluarkan ‘Panduan Bahasa Inklusif’ menasihati pengikutnya untuk mengelakkan penggunaan istilah berkaitan jantina seperti “suami” dan “isteri” kerana dilihat tidak menggambarkan “realiti bagi ramai orang”.

Menerusi panduan bahasa dikeluarkan pada Disember 2023 itu, beberapa perkataan lain dicadang sebagai alternatif antaranya “keluarga”, “pasangan” dan “penjaga”.

“Sebagai penganut Kristian, kita perlu berani untuk mengikuti perbincangan yang kadang kala sukar, mengakui bahawa kita ada mengasingkan orang, mendengar dengan rendah hati, bertaubat daripada sebarang bahasa yang menyakitkan dan menjaga cara kita mendengar serta apa yang kita katakan atau tulis, dalam Roh Kristus,” kata panduan bahasa yang akan dikemaskini setiap enam bulan itu, dipetik The Christian Post pada 31 Disember lalu.

Selain perkataan suami dan isteri, panduan bahasa gereja itu juga menasihati penganutnya untuk menghindari perkataan orang tua dan etnik bagi mengelakkan penggunaan bahasa yang negatif.

Ia turut tidak menggalakkan retorik anti-semitik dan Islamofobik selain menasihatkan pengikutnya mengelakkan penggunaan perkataan yang menggambarkan status imigresen (immigration status) atau tahap kemahiran bahasa Inggeris seseorang individu.

Tindakan Gereja Methodist itu bagaimanapun mendapat bantahan seorang paderi kerana ia bukan ajaran Kristian.

“Ini bukan agama Kristian,” kata Father Calvin Robinson, mendakwa tindakan gereja itu berakar daripada teori kritikal.

“Teori Kritikal adalah neo-Marxisme. Ia adalah ideologi komunis, bertentangan dengan keimanan Kristian. Adalah mustahil menjadi seorang komunis dan seorang Kristian. Seseorang itu harus membuat pilihan. Terima cara ideologi yang trendy ini tetapi toksik, atau terima perintah  Tuhan,” kata paderi itu di platform X.

Denominasi Kristian itu turut meluluskan resolusi pada 2021 yang merestui perkahwinan sejenis dan mengiktiraf pasangan bersekedudukan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending