Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Normalisasi Arab Saudi tidak selesaikan konflik Palestin – Pakar Politik Timur Tengah

Amerika Syarikat (AS) dan Israel ternyata silap jika menyangka perjanjian normalisasi Arab Saudi akan menjadi penyelesaian kepada konflik Palestin, kata Profesor Politik Timur Tengah dan Perhubungan Antarabangsa, Dr Fawaz Gerges.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri), Profesor Politik Timur Tengah dan Perhubungan Antarabangsa, Dr Fawaz Gerges (tengah) dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman.

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) dan Israel ternyata silap jika menyangka perjanjian normalisasi Arab Saudi akan menjadi penyelesaian kepada konflik Palestin, kata Profesor Politik Timur Tengah dan Perhubungan Antarabangsa, Dr Fawaz Gerges.

Perkara itu dinyatakan Fawaz kepada Christiane Amanpour di CNN pada 9 Disember lalu mengenai kesilapan percaturan Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam menguruskan konflik di wilayah bergolak itu.

“Biar saya berterus terang, dasar luar Biden tidak jauh berbeza dengan dasar luar Trump. Sejak dua tahun yang lalu, pentadbiran ini tidak membuat sebarang usaha besar sama ada dalam usaha menghentikan pembinaan penempatan (haram) Yahudi atau percubaan untuk benar-benar membawa kepada penubuhan negara Palestin.

“Ia sekadar ungkapan di bibir berkenaan idea solusi dua negara. Apakah yang dilakukan pentadbiran Biden dalam setahun yang lalu?

“Ia (sekadar) cuba menambah baik “Perjanjian Abad Ini” (dimulakan) Trump, supaya diadakan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel, mengapa?

“Kerana dalam fikiran pentadbiran Biden dan kerajaan Netanyahu, normalisasi dengan Arab Saudi akan membawa kepada pengakhiran konflik Arab-Israel,” katanya.

Beliau menjelaskan kesilapan dua negara kuasa besar itu adalah kerana terlalu mengambil mudah penindasan dilakukan terhadap penduduk warga Palestin.

“Idea asas dalam pentadbiran Biden dan Benjamin Netanyahu ialah rakyat Palestin boleh diurus, rakyat Palestin boleh dikawal, rakyat Palestin boleh ditundukkan, (jadi) apa perlunya untuk kita melabur dalam “proses keamanan?”, katanya kepada Amanpour.

Amanpour membidas dengan mengajukan soalan, bukankah Hamas yang menarik diri dari seruan keamanan itu? 

Fawaz bagaimanapun menjawab hujah Amanpour dengan menjelaskan keinginan warga Palestin.

“Rakyat Palestin mahukan maruah mereka, rakyat Palestin mahukan pembebasan mereka, rakyat Palestin mahu (melihat) tamatnya penjajahan Israel,” kata Fawaz.

Fawaz berkata, kalau ditanya tentang siapa yang ‘bersuara’ untuk rakyat Palestin pada ketika ini, beliau terpaksa mengakui bahawa ia semestinya Hamas yang merupakan aspirasi kepada rakyat Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *