Terkini
(VIDEO) Kutuk nabi dan kitab suci, ekstremis Hindutva terdesak raih perhatian Zionis
Sebuah video tular di Youtube memaparkan seorang aktivis ekstremis Hindutva meminta Israel kebenaran untuk menetap di wilayah haram itu dan bertindak mengecam Islam sebagai bukti persamaannya dengan Israel.
Kuala Lumpur –Sebuah video tular di Youtube memaparkan seorang aktivis ekstremis Hindutva meminta Israel kebenaran untuk menetap di wilayah haram itu dan bertindak mengecam Islam sebagai bukti persamaannya dengan Israel.
Individu dikenali sebagai Yati Narsinghanand Saraswati dalam kenyataannya itu mendakwa persamaan dirinya dengan Yahudi iaitu membenci ‘Muhammad dan bukunya yang jahat’, merujuk kepada nabi dan kitab suci umat Islam.
Sami Hindutva yang dikatakan bertugas di kuil Dasna Devi di Ghaziabad itu memulakan ucapan dalam video rakamannya dengan berkata; “Hari ini, kami ingin meminta Israel untuk membenarkan kami tinggal di Israel.
“Penyakit yang mereka (Yahudi) sedang tangani, kita (Hindu dan Yahudi), memiliki musuh yang sama; Muhammad dan bukunya yang jahat.” kata individu itu yang terkenal dengan komen-komen anti-Muslimnya itu.
Video yang dihasilkan bukan video pertama atas talian yang memaparkan dirinya tidak berpuas hati dengan agama Islam.
Beliau pernah tular sebelum ini mengeluarkan kenyataan dan seruan supaya golongan Hindutva menawan Makkah, serta menegaskan jika tidak dikuasai Kaabah, tiada kuasa di muka bumi boleh mengalahkan Islam.
Dalam video itu, beliau berkata; “Kami adalah Hindu, kami tidak membunuh sesiapa atas pandangan agama (mereka). Kami menerima pandangan agama setiap orang”.
Apabila dirinya mendakwa sedemikian, hampir sepuluh laporan berita keganasan Hindutva berkaitan pembunuhan dan pembantaian ke atas mereka yang berbeza agama, muncul dalam video menafikan dakwaannya.
Di akhir video, dengan tegas dirinya berkata; “Apa yang kami mahukan adalah penganut Muhammad dan bukunya yang jahat, disingkirkan dari muka bumi ini”.
Selain pelbagai reaksi yang ditunjukkan pengguna platform tontonan video itu, seorang pengguna memberi komentar sinis berbunyi; “Musuh utama mereka adalah kebersihan diri. Mereka patut memerangi perkara itu terlebih dahulu”.
Seorang individu lain turut memberi komentar menilai ketaksuban yang dipamerkan dengan berkata; “Saya tidak akan terkejut mereka ambil Netanyahu sebagai sembahan seperti yang dilakukan ke atas Trump”.
Pengguna lain juga turut berkomentar; “Sejujurnya, Israel mungkin meludah saja pada mereka.”
Satu persamaan di antara pendokong ideologi Hindutva (pelampau Hindu) dengan tentera penjajah haram Israel adalah kesanggupan mereka berbohong dalam kenyataan dikeluarkan.
Ekstremis Hindutva itu menafikan berlakunya penindasan agama di India, manakala tentera penjajah haram Israel menuduh pembunuhan tanpa bukti kumpulan pembebasan Palestin serta menafikan pengeboman hospital dilakukan mereka. – The Merdeka Times
View this post on Instagram