Connect with us

Antarabangsa

Hindu, Muslim semuanya akan ‘berakhir’ di tanah yang sama

Penggunaan agama bagi tujuan politik adalah sesuatu tidak wajar, kata Pengerusi Parti Demokrasi Progresif Azad (DPAP), Ghulam Nabi Azad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Hindu, Muslim semuanya akan ‘berakhir’ di tanah yang sama
Foto: Pengerusi Parti Demokrasi Progresif Azad (DPAP), Ghulam Nabi Azad (tengah).
  • Penggunaan agama bagi tujuan politik adalah sesuatu tidak wajar, kata Pengerusi Parti Demokrasi Progresif Azad (DPAP), Ghulam Nabi Azad.
  • Berucap di daerah Doda, Jammu dan Kashmir, Ghulam Nabi Azad berkata ini kerana fakta menunjukkan bahawa majoriti penduduk Muslim di India sebenarnya berasal dari penganut Hindu.
  • Pemimpin politik India itu berkata apabila seorang Hindu mati, dia akan dibakar dan abunya akan ditaburkan di sungai dan akhirnya bersatu dengan tanah India dan begitu juga penganut Islam yang dikebumikan di tanah yang sama selepas mereka meninggal dunia.
  • Mengulas lanjut penggunaan agama untuk meraih undi, Ghulam Nabi Azad berkata agama seseorang individu itu tidak sepatutnya menjadi penentu dalam pemberian undi. 
  • Dia juga menegaskan ia tidak sepatutnya bersandarkan kepada nama Hindu atau Muslim seseorang (calon) itu.

Penggunaan agama bagi tujuan politik adalah sesuatu tidak wajar, kata Pengerusi Parti Demokrasi Progresif Azad (DPAP), Ghulam Nabi Azad.

Berucap di daerah Doda, Jammu dan Kashmir, Ghulam Nabi Azad berkata ini kerana fakta menunjukkan bahawa majoriti penduduk Muslim di India sebenarnya berasal dari penganut Hindu.

Pengerusi DPAP menegaskan mereka melakukan perkara itu sebenarnya menampilkan kelemahan.

“Sesetengah pemimpin BJP (Parti Bharatiya Janata yang juga parti pemerintah India) mengatakan bahawa (orang Islam) datang dari luar dan ada yang tidak. Tiada siapa yang datang dari luar mahupun dari dalam, Islam wujud hanya (sekitar) 1,500 tahun lalu. Agama Hindu pula lebih tua. 

“Sekitar 10-20 dari mereka (orang Islam) pasti datang dari luar, dan ada dari mereka yang berada dalam tentera Mughal,” katanya.

“Semua orang Islam (di India) asalnya beragama Hindu di India. Contohnya di Kashmir. Siapakah orang Islam di Kashmir 600 tahun dahulu? Semua mereka (waktu itu) adalah Pandit Kashmir. Mereka memeluk Islam. Semua lahir dalam agama ini,” kata Ghulam Nabi Azad yang juga bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir.

Mengulas lanjut penggunaan agama untuk meraih undi, Ghulam Nabi Azad berkata agama seseorang individu itu tidak sepatutnya menjadi penentu dalam pemberian undi. 

Dia juga menegaskan ia tidak sepatutnya bersandarkan kepada nama Hindu atau Muslim seseorang (calon) itu.

Pemimpin politik India itu berkata apabila seorang Hindu mati, dia akan dibakar dan abunya akan ditaburkan di sungai dan akhirnya bersatu dengan tanah India dan begitu juga penganut Islam yang dikebumikan di tanah yang sama selepas mereka meninggal dunia.

Sumber: NDTV

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *