Connect with us

Terkini

(VIDEO) Mustahil institusi syariah runtuh, namun perlu pemerkasaan – Mujahid

Mustahil untuk meruntuhkan institusi kehakiman Mahkamah Syariah dengan begitu sahaja kerana ia adalah struktur dan kerangka negara yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hanani Zulkifli

Published

on

Mustahil institusi syariah runtuh, namun ia perlu pemerkasaan – Mujahid
Foto: Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 
  • Mustahil untuk meruntuhkan institusi kehakiman Mahkamah Syariah dengan begitu sahaja kerana ia adalah struktur dan kerangka negara yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 
  • Beliau berkata dakwaan pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang mengatakan akan berlakunya keruntuhan sistem kehakiman syariah seolah-olah memperkecilkan struktur perundangan negara. 
  • “Tak mungkin akan berlaku. Pada struktur, kerangka negara yang ada, malah sejarah Islam sebagai agama Persekutuan. Bagi saya, itu memperkecilkan struktur. Ia tak mungkin berlaku dan saya yakin dengan keyakinan ia tidak akan berlaku,” katanya kepada The Merdeka Times dalam temubual di sini semalam mengulas kekhuatiran ramai pihak mengenai kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.
  • Kebimbangan  itu timbul ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan itu akan mengambil fakta kes Iki Putra Mubarak vs Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
  • Dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri.
  • Mujahid menegaskan Mahkamah Syariah perlu diperkemas dan diperkasa supaya berdiri selari dan sama tinggi dengan sistem kehakiman sivil sehingga tiada ruang untuk dicabar.   

KUALA LUMPUR –  Mustahil untuk meruntuhkan institusi kehakiman Mahkamah Syariah dengan begitu sahaja kerana ia adalah struktur dan kerangka negara yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. 

Beliau berkata dakwaan pihak tertentu yang mengatakan akan berlakunya keruntuhan sistem kehakiman dan perundangan syariah seolah-olah memperkecilkan struktur perundangan negara. 

“Tak mungkin akan berlaku. Pada struktur, kerangka negara yang ada, malah sejarah Islam sebagai agama Persekutuan. 

“Bagi saya, itu memperkecilkan struktur. Ia tak mungkin berlaku dan saya yakin dengan keyakinan ia tidak akan berlaku,” katanya kepada The Merdeka Times dalam temubual khas di ibu negara semalam.

Mujahid diminta mengulas kekhuatiran ramai pihak sebelum ini mengenai kes cabaran Enakmen Jenayah Syariah Kelantan di Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat yang mungkin meruntuhkan undang-undang syariah di peringkat negeri.

Media sebelum ini melaporkan mengenai peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mengemukakan cabaran Perlembagaan berhubung 20 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1). 

Mereka mendakwa peruntukan itu tidak sah kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama dan kuasa untuk menggubal undang-undang melibatkan perkara jenayah di bawah bidang kuasa Parlimen, manakala Dewan Undangan Negeri hanya diberi hak menggubal undang-undang berkaitan akidah Islam.

Kebimbangan  itu timbul ekoran kes Nik Elin Zurina vs Kerajaan Negeri Kelantan itu akan mengambil fakta kes Iki Putra Mubarak vs Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengenai keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Dalam kes Iki Putra, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 memutuskan bidang kuasa jenayah adalah bidang kuasa Persekutuan, bukan Negeri.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata negara mempunyai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai badan yang memantau sistem kehakiman syariah di peringkat Persekutuan, maka tidak mudah bagi sistem kehakiman akan jatuh begitu sahaja. 

“Ini pun Kelantan. Mahkamah syariah ini bukan centralised. Dia ada Mahkamah Syariah Perak, Mahkamah Syariah Terengganu, ada Mahkamah Syariah Johor.  Dan kita ada JKSM di peringkat Persekutuan memantau. Ada negeri-negeri duduk di bawahnya seperti Penang, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Satu pusat. Itu ada satu mekanisme yang sangat kuat,” katanya. 

Bekas Menteri Agama itu berkata selagi mana-mana kes cabaran itu adalah mengikut undang-undang dan berada dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, maka ia dibolehkan. 

“Maka perkara yang dibangkitkan seperti mencabar atau seperti dia nak buat review keputusan-keputusan mahkamah syariah itu bolehlah selagi dia berperlembagaan. Selagi mana dibuat mengikut undang-undang,” katanya. 

Justeru itu, Mujahid menegaskan Mahkamah Syariah perlu diperkemas dan diperkasa supaya berdiri selari dan sama tinggi dengan sistem kehakiman sivil sehingga tiada ruang untuk dicabar.   

“Dan pada waktu yang sama, Mahkamah Syariah pun kena diperkemas, penghakimannya pun kena diperkemas juga. Supaya orang tak boleh nak mencabar.

“Tapi apa yang saya lebih penting bagi saya adalah compatible dari segi kualiti Hakim Mahkamah Syariah setaraf dengan Bar Council,” katanya.

Mujahid berkata pemerkasaan itu turut diperjuangkan ketika pentadbiran beliau sebagai Menteri Agama dengan memperkenalkan Akta Profesion Guaman Syarie pada 2019 yang mampu mengiktiraf kedudukan, malah menjaga kebajikan peguam-peguam syarie di negara ini. 

Beliau juga tidak menafikan mengenai keperluan kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memperkasakan undang-undang syariah, namun perlu selari dan sepadan dengan sistem kehakiman sedia ada.

“Saya tidak menafikan kita perlu membuat pindaan bagi memberikan kuasa yang lebih. Tapi soalnya, apakah kuasa yang lebih itu padan dengan apa yang sudah sedia ada? Jadi maksud saya itu. Jadi jangan salah faham, bila saya kata begini orang kata, jadi tak setujulah dengan Mahkamah syariah yang diperkasakan.

“Saya tidak berkata demikian, saya berkata kena lihat secara menyeluruh. Ini undang-undang. You cannot just… hanya kerana sentimen, kita ambil satu segi. Tapi kita kurang kepada satu segi. Nanti apa jadi, dengan ada kuasa, tetapi tak compatible. Lagilah, jadi fitnah kepada Mahkamah Syariah,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *