Connect with us

Terkini

Elak wujud persepsi kasta, lebih baik perkasa sekolah asrama harian 

Cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah khas pelajar miskin dilihat akan mewujudkan “kasta” yang membeza-bezakan latar belakang pelajar sekolah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Elak wujud persepsi kasta, lebih baik perkasa sekolah asrama harian 
Foto: Penyelidik Pendidikan, Dr Anuar Ahmad (kiri), Guru Matematik, Mohd Fadli Salleh (kanan).
  • Cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah khas pelajar miskin dilihat akan mewujudkan “kasta” yang membeza-bezakan latar belakang pelajar sekolah.
  • Tidak bersetuju dengan cadangan itu, Guru Matematik yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Salleh berkata adalah lebih baik sekiranya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diperbesarkan di seluruh negara kerana ia dilihat lebih relevan.
  • “Katakan sekarang ini pengambilan pelajar baru di SBP sebanyak 10,000 orang, besarkan sekolah itu dan ambil 20,000 orang. 10,000 tempat tambahan itu 100 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga miskin. Pada saya itu lebih relevan dan baik. Pada sayalah. Pada kalian macam mana?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.
  • Senada dengan beliau, Dr Anuar Ahmad yang juga penyelidik pendidikan berkata, langkah mewujudkan sekolah khas untuk murid miskin dilihat tiada keperluan, meskipun usaha itu baik dan bertujuan menyediakan akses pendidikan kepada golongan tidak kemampuan.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berhasrat memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.

KUALA LUMPUR — Cadangan kerajaan untuk mewujudkan sekolah khas pelajar miskin dilihat akan mewujudkan “kasta” yang membeza-bezakan latar belakang pelajar sekolah.

Tidak bersetuju dengan cadangan itu, Guru Matematik yang juga pempengaruh, Mohd Fadli Salleh berkata adalah lebih baik sekiranya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) diperbesarkan di seluruh negara kerana ia dilihat lebih relevan.

“Katakan sekarang ini pengambilan pelajar baru di SBP sebanyak 10,000 orang, besarkan sekolah itu dan ambil 20,000 orang. 10,000 tempat tambahan itu 100 peratus kuota untuk pelajar dari keluarga miskin.

“Pada saya itu lebih relevan dan baik. Pada sayalah. Pada kalian macam mana?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan bercadang memperkenalkan sekolah khas untuk anak golongan paling miskin di negara ini supaya mereka tidak tertinggal dalam arus pendidikan.

Ia akan lebih berkonsepkan kepada jenis sekolah menengah sains dan sekolah menengah berasrama penuh.

Mengulas lanjut, Fadli bagaimanapun tidak menafikan dasar dan tujuan Perdana Menteri itu sebenarnya sangat bagus.

Katanya, Anwar melihat potensi anak-anak daripada keluarga miskin untuk berjaya sekiranya diberi peluang di sekolah elit seperti SBP, namun ia khusus kepada kelompok miskin sahaja di mana ia dilihat akan mewujudkan kasta.

“Sekolah untuk golongan paling miskin? Perlukah? Secara peribadi, saya tak setuju. Ia seumpama mewujudkan kasta. Membeza-bezakan latar belakang.

“Orang akan label semua murid dari sekolah itu sebagai orang miskin, “Woi Meon. Kau sekolah kat sekolah budak miskin kan?“,” katanya.

Senada dengan beliau, Dr Anuar Ahmad yang juga penyelidik pendidikan berkata, langkah mewujudkan sekolah khas untuk murid miskin dilihat tiada keperluan, meskipun usaha itu baik dan bertujuan menyediakan akses pendidikan kepada golongan tidak kemampuan.

Beliau berkata, dua aspek perlu diambil kira untuk merealisasikan hasrat tersebut antaranya kemampuan kewangan kerajaan di samping tempoh diperlukan untuk membina sekolah khas berkenaan.

Katanya, malah kewujudan sekolah dilihat dapat memisahkan anak-anak untuk berinteraksi dengan pelbagai murid dengan ia terhad kepada satu kumpulan tertentu sahaja. 

“Kita harap cadangan untuk mewujudkan sekolah pelajar miskin diteliti dari segi pelaksanaan bukan dari segi idea kerana ideanya untuk membantu anak miskin, itu baik.

“Tapi dari segi pelaksanaan bukanlah dengan mewujudkan sekolah khas untuk murid-murid miskin tetapi memperkasakan sekolah-sekolah asrama harian, mewujudkan lebih banyak asrama harian yang boleh digunakan murid daripada kalangan keluarga miskin kerana ia satu kaedah terbukti berkesan, telah berjaya dan hasilnya kita telah lihat kerana telah diperkenalkan sejak lebih 40 tahun lalu.

“Ia sangat memberi makna kepada tujuan kita membawa keluar anak daripada kemiskinan dengan memberi peluang pendidikan lebih baik melalui sistem asrama harian yang kita wujudkan di negara kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mohd Fadli Salleh, Anuar Ahmad

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *